(VIRAL) Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Tak Perlu Tunggu Pencen Yang Ramai Tak Tahu!… Sebarkan!..

(VIRAL) Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Tak Perlu Tunggu Pencen Yang Ramai Tak Tahu!… Sebarkan!..

“DUIT dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ni?”
“Boleh bro….”

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.
#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Loading...

Ada 2 jenis pengeluaran:
Pengeluaran Penuh Akaun 2
Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Cara-caranya:

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:
Kesemua Simpanan
Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:
#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun
Ada 4 jenis pengeluaran:
Kesemua Simpanan
Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Loading...

Cara-caranya:
#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAUPenyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)

Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).

Cara-caranya:
#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:
Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia
Cara-caranya:

#7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Cara-caranya:

Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta)

Bawa Surat Tawaran Belajar
Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian

Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
Bawa Borang Temuduga
Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian

Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-caranya:
#9. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Cara-caranya:
#10. Pengeluaran Membina/Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-caranya:

Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)

Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual/pemilik tanah

Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya:
#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya:
Boleh juga baca perkongsian cara pengeluaran berdasarkan pengalaman blogger Hafiz Rahim di sini.
*Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.

#13. Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama/wasi/pentadbir pusaka/waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya:
#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli/membina rumah.

Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini
#15. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan/atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan

Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar/Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)

Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#16. Pengeluaran Haji

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.
Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini

Nota: Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.
Sumber: Majalah Labur via Satkoba

KWSP SEDIAKAN BANTUAN RM 2500 KEPADA SEMUA PENCARUM YANG RAMAI TIDAK TAHU ! SILA AMBIL PERHATIAN !
KWSP Sediakan Bantuan RM 2500 Kepada Semua Pencarum Yang Ramai Tidak Tahu ! Sila Ambil Perhatian !

KWSP Sediakan Bantuan RM 2500 Kepada Semua Pencarum Yang Ramai Tidak Tahu ! Sila Ambil Perhatian !

Tidak kira berapa umur anda, tidak ( kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah mencarum dengan KWSP.

Mengikut undang-undang, KWSP perlu membayar bantuan sebanyak RM2,500.00 kepada waris atau keluarga pemegang akaun KWSP dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kematian pemegang akaun KWSP.

Tiada sebarang pemberitahuan yang dibuat oleh pihak KWSP kepada kesemua pemegang akaun dan ini menyebabkan ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bantuan seperti ini wujud sejak dahulu lagi.
Disini ingin dimaklumkan kepada semua ahli KWSP bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan        dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka.    Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Warganegara Malaysia.
Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli. Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris

Setakat ini, tuntutan yang dibuat oleh waris atau keluarga kepada pemegang akaun KWSP terlalu sedikit dan ini telah meyebabkan timbulnya suatu persoalan iaitu ke manakah bantuan kewangan/khairat kematian ini disalurkan sekiranya ianya tidak dituntut oleh mana-mana waris pemegang akaun KWSP selepas tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian yang diberikan itu telah tamat.

Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak mengetahui jenis pengeluaran kematian yang disediakan oleh pihak KWSP selama ini kepada kesemua pemegang akaun.

Sepatutnya, manfaat sebegini haruslah sentiasa dimaklumkan kepada kesemua pemegang akaun KWSP yang masih hidup supaya bantuan yang layak diterima oleh mereka sekiranya berlaku kematian dapat disalurkan kepada waris atau keluarga terdekat bagi mengurus perkebumian mereka.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini. Ini mungkin kerana KWSP tidak pernah memberitahu kepada UMUM. Namun kepada mereka yang banyak membaca dan mengambil tahu, pasti akan tahu wujudnya pembahagian ini. Walau bagaimana pun pasti ada yang TIDAK TAHU. Maka ini untuk semua ya. Maka setelah mengetahui maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar ehsan.

Rujuk dan isi borang permohonan di bawah atau klik pautan terus untuk memuat turun borang permohonan ini dari laman rasmi KWSP.

Sumber : mediapanas

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *