(VIDEO) – LELAKI 79 TAHUN INI DATANG KE TASIK UNTUK JUMPA KAWAN LAMA IAITU SEEKOR ULAR

Saat berjumpa kawan lama adalah saat paling dramatik kerana mungkin kawan lama itu tidak mengenali kita seperti dahulu.

Sama seperti lelaki berusia 79-tahun ini apabila beliau datang ke sebuah tasik bagi menjumpai kawan lama nya, iaitu seekor ular.

Loading...

Menariknya, seolah-olah tahu akan kehadiran lelaki itu, ular sawa betina itu keluar daripada permukaan air, dan segera naik keatas kaki lelaki berkenaan untuk mendapatkan makanan.

Ok siapa yang rasa geli, kita geng!

Sumber: Era fm

…………………………………………………..

Loading...

GEMPAR! 37 Orang Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Bertukar Jadi Monyet Dan Babi!!

Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis itu ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah.


Mengejutkan!.37 Penari Wanita Memijak Dan Menari di atas Al-Quran Jadi Monyet Dan Babi

Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah.

Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tenggelam sekelip mata. Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi. Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan.

Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan.

Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

WaAllahuAlam…

Sumber : anginbayu2015.blogspot.com/

………………………………………………….

Ibu Minta Maaf Adik! Ibu Cuai! Ibu Ini Kongsi Mengenai Kisah Bayinya Tersedak Susu. Syukur Ya Allah Semuanya Selamat

Bayi maut akibat tersedak susu sering kali berlaku. Walaupun kes sebegini banyak dilaporkan kadang-kadang ia berlaku juga tanpa disangka-sangka.

Kes yang sama juga berlaku kepada seorang ibu, Anita Zizul yang mengakui disebabkan kelalaian diri sendiri anak lelakinya hampir menemui ajal. Tapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menidakkannya dan alhamdulillah semua selamat.

Sejak kejadian ini berlaku pada 12 September lalu, sehingga sekarang Anita mengakui dia berasa trauma. Semoga perkongsian kisah Anita ini akan menjadi pengajaran buat semua ibu bapa.

Ibu minta maaf

Ibu mintak maaf adik. Ibu sambil lewa. Ibu lalai. Ibu tak jaga adik adam dengan baik. Semua sebab ibu. Ibu tak kan lupa apa yang jadi malam tu.

12/9 ibu takut ..ibu berdebar-debar. Ibu trauma !!! Dua malam ibu tidur tak lena sayang. Ibu akan ingat sampai bila-bila. Pukul 10 malam ibu bagi adik susu. Lepas 30 minit, ibu masuk adik dalam buai. Adik tidur. Tak lama lepas tu dengar adik nak muntah. Ibu angkat adik cepat-cepat. Adik muntah banyak sampai keluar ikut hidung. Badan adik panas. Ibu terbalikkan adik. Tengok muka adik semua biru. Tangan kaki adik sejuk sangat. Ibu rasa lain sangat dah.

Ibu ajak abah pergi hospital cepat-cepat. Ibu marah abah. Suruh abah bawak kereta laju-laju. Abah diam je. Tapi ibu tahu abah pun risau. Ibu panggil adik banyak kali. Adik cuma ek ek ek aje..Adik tak buka mata..adik lemah..adik lembik..ibu nangis..ibu jerit suruh adik buka mata..ibu jerit suruh adik bangun..adik tak nangis..adik senyap aje. adik dalam pangkuan ibu. Ibu terus doa..terus zikir..ibu cakap dalam hati..Tolong aku Ya Allah…Selamatkan anak aku!

Jerit panggil doktor

Sampai di wad kecemasan, abah turunkan ibu dan adik..ibu lari sambil pangku adik..sampai depan pintu ..ibu jerit..doktor mana doktor..!!!! Doktor tolong. Tolong anak saya. Ibu nangis. Ibu merayu.

Ramai orang tengok ibu, peduli apa ibu…lepas tu doktor suruh letak adik atas katil..adik diam je.. tak bunyi..ibu cakap lagi..tolong tengok anak saya doktor!! 6 7 orang doktor sekali dengan nurse pergi dekat adik.

Diaorang suruh ibu tunggu luar.. Tak lama lepas tu dengar adik nangis kuat. Bunyi mesin tut tut tut kejap kuat..kejap slow.

Berdebar, tangan ibu menggeletar

Hati ibu tambah debar. Tangan ibu menggeletar. Ibu terus berdoa..Allah..selamatkan anak aku!

Abah peluk ibu..abah cakap insya-Allah..adik tak ada apa-apa.. Tak lama lepas tu doktor panggil ibu. Doktor tanya apa yang jadi di rumah. Lepas cerita semuanya doktor beritahu adik mungkin TERSEDAK SUSU.

Demam adik tinggi. Nafas adik laju. Doktor panggil ibu tengok adik. Ibu nampak adik pakai oksigen dan masuk air. Adik lemah je. Ibu xcakap-cakap dengan adik. Adik tengok je ibu.

Doktor beritahu adik kena admit dan nak kena ambil darah dan x-ray..

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *