Teksi Ini Jadi VIRAL, Apa Yang Di Lakukan Pemandu Teksi Ini Pasti Buatkan Anda Rasa Pelik !

Teksi Ini Jadi VIRAL, Apa Yang Di Lakukan Pemandu Teksi Ini Pasti Buatkan Anda Rasa Pelik !

Teksi ini jadi viral ! Apa yang dilakukan oleh pemandu teksi ini pasti buatkan anda rasa pelik ! Ada Video

Loading...

Teksi Ini Jadi VIRAL, Apa Yang Di Lakukan Pemandu Teksi Ini Pasti Buatkan Anda Rasa Pelik !!! | SIAKAP KELL – Pemandu teksi yang berasal dari India, Harpreet Dev terkenal di kampung halamannya di Bhatinda, Punjab, kerana kemahiran memandu kereta secara mengundur.

Lelaki berusia 30 tahun ini memandu teksinya secara mengundur sejak 11 tahun lalu. Selama kebiasaannya Harpreet memandu kereta secara undur hingga beliau mengatakan sudah tidak percayakan diri lagi untuk memandu secara normal!

Dia bahkan mempunyai lesen khas yang membolehkan beliau untuk memandu mengundur di setiap negeri di utara India.

Keghairahan Harpreet untuk memandu terbalik bermula pada 2003, ketika kereta kesayangannya Fiat Padmini mengalami kerosakan pada gear dan tersangkut dalam gear undur pada suatu malam.

“Saya berada di luar bandar, saya tidak mempunyai wang, jadi saya terpaksa memandu kereta secara undur hingga ke Bhatinda,” katanya. “Kemudian saya mendapat kepercayaan diri.”

Masa itulah beliau menyedari bahawa ia benar-benar mempunyai sesuatu. Keesokan harinya beliau mereka bentuk keretanya dengan tulisan ‘Back Gear Champion’ dan mengubah kotak gear dengan empat gear undur dan hanya satu gear hadapan.

Loading...

Selepas berlatih bertahun-tahun, Harpreet sekarang boleh dengan mudah memandu undur dengan kelajuan hingga 50 batu per jam.

Untuk memberi amaran kepada pemandu lain dan pejalan kaki yang berasa hairan dengan caranya memandu, Harpreet memasang siren ambulans pada bahagian atas keretanya. “Saya tetap memperhatikan keselamatan pengguna jalan lain,” katanya bangga.

Pada 2005, Harpreet memandu berundur sepanjang jalan dari Rajasthan di India hingga ke Lahore di Pakistan, untuk mempromosikan keamanan antara kedua negara.

Malangnya, mimpi Harpreet untuk mencatatkan namanya ke dalam Guinness Book of World Records suram setelah beliau mengetahui bahawa seorang lelaki dari UK bernama John Smith telah melakukan aksi seperti dirinya.

Dalam rangka untuk memecahkan rekod Smith, Harpreet perlu membuat rakaman video memandu berundur non-stop, dan kerana keterbatasan dana, beliau tidak mampu melakukan itu.

Kebiasaan memandu Harpreet memang membuatnya terkenal di bandar asalnya, tetapi ada risikonya. Beliau sekarang mengalami masalah sakit belakang dan leher yang teruk. “Leher saya sakit dan saya sering mu ntah-muntah,” katanya mengakui.

“Saya juga mengalami masalah sakit tulang belakang yang teruk kerana memandu secara terbalik dengan cepat dan saya sering memutarkan tubuh untuk melihat ke belakang.”

Tapi Harpreet percaya bahawa itu semua mempunyai nilainya. “Mencapai sesuatu yang istimewa tidak pernah mudah,” katanya.

Tonton video teksi berkenaan :

Kredit : DairiShare

LEBIH ARTIKEL PELIK UNTUK ANDA…

PELIK Pembeli Tiba² ‘Nangis’ Di Meja Penjual Rambutan Ini, Lebih MENGEJUTKAN Bila Meja Dibuka Ada ‘Makhluk’ Yg MUNCUL !!!

Pelik ! Pembeli ini tiba-tiba menangis dimeja penjual rambutan ini, Namun lebih mengejutkan bila meja dibuka ada ‘makhluk’ yang muncul !

PELIK Pembeli Tiba² ‘Nangis’ Di Meja Penjual Rambutan Ini, Lebih MENGEJUTKAN Bila Meja Dibuka Ada ‘Makhluk’ Yg MUNCUL !!! | SIAKAP KELL – Setiap ibu bapa sudah semestinya menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Mereka rela bekerja keras demi memberikan buah hati mereka kehidupan yang terbaik.

Namun kadang-kadang tak semua keluarga memiliki kehidupan yang beruntung. Ada yang harus bekerja keras agar dapat mencukupi keperluan diri sendiri dan juga keluarganya.

Bahkan sehingga ada diantara ibu bapa yang mahu tidak mahu terpaksa membawa anaknya sekali ke tempat kerja dengan berbagai alasan.

Sepertimana kisah yang terjadi pada pasangan suami isteri ini yang berniaga di pasar di daerah Divisoria, Manila, Filipina.

Suaminya menjual jagung bakar sementara isterinya menjual rambutan. Kisah mereka viral di media sosial sejak seseorang yang bernama Shair Joy Mendelez memuatnaik di Facebook.

Mendelez menceritakan bukan hanya dia merasa terharu dengan pasangan suami isteri tersebut, namun juga terkejut setelah melihat apa yang ada di dalam meja yang digunakan untuk meletakkan rambutan.

Rupanya, saat meja dibuka terdapat dua anak kecil yang sedang tidur lelap di dalamnya. Seorang anak memakai baju kuning, sedangkan yang seorang lagi cuma memakai baju putih. Ternyata, kedua anak ini adalah anak pasangan ini.

Seterusnya Mendelez mengakui kasihan terhadap keluarga ini. Apatah lagi menurutnya hampir tidak ada pembeli pun yang datang ke tapak berniaga mereka.

Akhirnya, dia memutuskan untuk membeli 5 jagung bakar dan dan 3 kilogram rambutan. Mendelez juga mengajak pengguna facebook untuk turut membeli barang jualan mereka jika berkunjung ke pasar itu.

Pengguna media sosial menyambut baik akan usaha dan ajakan Mendelez serta turut bersimpati dengan keluarga tersebut.

Sumber : Brilio

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *