SUAMI SAYA TAK NAK ANAK INI DAN DIA SURUH GUGURKAN’ – IBU BAYI AKHIRNYA TAMPIL BERI PENJELASAN..MEMANG SAYU

Semalam, jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri, memuat naik video perbualan dari hati ke hati bersama ibu kepada bayi yang diangkatnya empat hari yang lalu di Facebooknya, menimbulkan rasa sayu dan sedih netizen.

“Kasih seorang ibu hanya Allah yang tahu betapa dia sayang anak ini,” tulis Dato’ Aliff Syukri di Facebooknya.

Dalam video tersebut, Dato’ Aliff meminta ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Ema, berkongsi mengapa dia terpaksa menyerahkan anaknya itu agar persoalan netizen terjawab dan tidak menyalahkan kedua-dua pihak.

Loading...

Berikut ada dialog perbualan di antara Dato’ Aliff Syukri bersama ibu bayi berkenaan:

DATO’ ALIFF: “Saya nak ucapkan terima banyak-banyak kepada awak Ema, kerana selama hampir empat hari saya jaga awak, saya tengok keadaan awak. Saya harap, awak jangan sedih, saya akan jaga anak awak ini dengan baik. Saya akan jaga dan buat anak awak ini macam anak saya sendiri. Ema, cuba awak beritahu apa yang dah berlaku. Awak baca saya punya Facebook dan awak sendiri tahu apa yang orang cakap dalam Facebook saya.”

IBU BAYI: “Jangan kecam saya, saya buat ini sebab saya terpaksa. Saya sayangkan anak saya Dato’, siapa yang tak sayangkan anak? “

DATO’ ALIFF: “Saya faham, mungkin orang luar tak faham apa yang awak rasa.”

IBU BAYI: “Saya terpaksa Dato. Macam mana saya nak jaga anak ini, duit pun tak ada. Ini sajalah cara terbaik Dato’.”

Loading...

DATO’ ALIFF: “Sabar, bawa bersabar banyak-banyak. Awak dah ready untuk tinggalkan anak ini?”

IBU BAYI: “Saya sedia Dato’, saya tahu Dato’ akan menjaga anak saya dengan baik. Janganlah cakap saya tak sayang anak, saya sayang anak saya Dato’. Saya tak mampu Dato’, ini saja jalan yang terbaik.”

DATO’ ALIFF: “Saya faham. Kalau awak baca di Facebook dan Instagram saya, macam-macam orang kata. Sekarang ini, orang tak tahu apa masalah awak, orang tak tahu apa yang sudah berlaku pada suami awak. Kalau tak keberatan, boleh tak awak kongsi sedikit apa yang sudah berlaku pada suami awak.”

IBU BAYI: “Saya sedih, suami saya tak nak anak ini dan dia suruh gugurkan. Saya sayang dan tak gugurkan. Saya tahu ini dosa kalau saya buat macam ini Dato’. Bila Dato’ cakap nak ambil anak angkat, terdetik hati saya.”

DATO’ ALIFF: “Kenapa dia tak nak anak ini?”

IBU BAYI: “Sebab dia tidak mampu jaga anak ini dan dia sudah tinggalkan saya dan balik ke kampung.”

DATO’ ALIFF: “Kampung dia di mana?”

IBU BAYI: “Pakistan, Dato’. Dia dah tinggalkan saya dan anak-anak yang lain. Macam mana saya nak jaga? Telefon tak ada Dato’, nak kumpul duit untuk balik ke kampung.”

DATO’ ALIFF: “Sabar kak. Akak tenang, akak balik kampung. Saya janji, saya akan bagi anak akak cukup makan, cukup minum dan saya akan anggap anak ini seperti anak saya sendiri. Akak jangan baca saya punya Facebook, jangan pening kepala dan sekurang-kurangnya penjelasan yang akak berikan ini biar orang tahu yang sebenarnya akak sayangkan anak ini.”

IBU BAYI: “Saya sayang, lillahitaala saya sayangkan anak ini. Saya bersyukur sangat bila tuan bukakan pintu ini. Mungkin rezeki dia, tempat dia membesar, Saya bersyukur sangat.”

DATO’ ALIFF: “Saya tumpang sedih, sedih tak tahu nak cakap macam mana. Semoga akak hantar kat kampung duit, akak kerja bagus-bagus. Saya tak nak putuskan hubungan akak dengan anak akak. Kalau akak nak jumpa dia lagi 10 tahun 20 tahun, saya tak ada masalah. Sebelum akak pergi, ada apa-apa yang akak nak sampaikan?”

IBU BAYI: “Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi menerima anak saya. Jagalah dia seperti anak Dato’ sendiri, seperti mana Dato’ jaga anak-anak yang lain. Jagalah dia elok-elok seperti darah daging Dato’ sendiri.”

DATO’ ALIFF: “Saya berjanji dengan akak, anak yang saya beri nama sempena nama saya dan isteri saya, saya akan jaga macam anak saya sendiri.”

IBU BAYI: “Alhamdulillah Dato’, saya bersyukur sangat Dato’ sudi menjaga anak saya sebaik mungkin. Bila saya balik nanti, saya tenang kerana saya tahu anak saya dijaga oleh orang yang baik.”

DATO’ ALIFF: “Berapa tahun akak duduk kat Malaysia?”

IBU BAYI: “Lebih kurang dalam 12 tahun, Dato’.”

DATO’ ALIFF: “Macam mana akak boleh terkahwin, berapa lama akak dah berkahwin dengan lelaki Pakistan itu?”

IBU BAYI: “Dah empat tahun, Dato’. Dia tak nak baby ini, dia pernah pukul dan terajang saya Dato’. Saya sedih sangat.”

DATO’ ALIFF: “Kenapa dia tak nak baby ini?”

IBU BAYI: “Dia tak mampu, saya pun tak mampu nak jaga. Dia tinggalkan saya dan balik kampung biarkan saya yang mengandung. Saya sedih sangat, tak tahu nak buat macam mana.”

DATO’ ALIFF: “Sebenarnya penjelasan ini dibuat untuk direkod dan disimpan untuk Aminah agar bila dah besar nanti dia tahu yang mak dia sebenarnya sayang pada dia. Saya akan beritahu dia bahawa mak dia orang Medan, orang yang baik. Cuma ayah dia yang menyebabkan mak dia menjadi begini. Semoga anak ini tahu mak dia sebenarnya sayang.

“Saya kongsikan ini, bukan berniat nak menghebohkan. Ibu ini sendiri yang berjumpa dengan saya melalui medium Facebook. Saya nak orang bercakap buruk yang saya ini membeli anak atau ibu ini seorang yang jahat. Dia orang yang baik, penyayang namun atas desakan kehidupan dan keadaan dia terpaksa menyerahkan anak ini kepada saya.”

Sumber : The Reporter

Loading...