MENGEJUTKAN! KL, PJ & JB Tersenarai Bandar Paling Bahaya Di Dunia!

MENGEJUTKAN! KL, PJ & JB Tersenarai Bandar Paling Bahaya Di Dunia!

Kuala Lumpur merupakan satu-satunya bandar raya di Asia Tenggara tersenarai antara 30 bandar dunia paling bahaya dari segi persepsi jenayah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, laman Numbeo yang mengeluarkan kaji selidk tersebut menilai persepsi menyentuh soal jenayah, kos kehidupan, pencemaran, kesihatan, kualiti kehidupan, kesesakan lalu lintas dan hartanah.

Loading...

Lebih mengejutkan, bandar raya Petaling Jaya dan Johor Bahru juga tersenarai di antara 100 tempat dengan indeks jenayah paling tinggi.

Kuala Lumpur ditempatkan pada tangga ke-29 dengan indeks jenayah dicatatkan 68.31.

SENARAI 10 BANDAR RAYA DENGAN INDEKS JENAYAH PALING TINGGI MENURUT PENILAIAN PENGGUNA:

1. San Pedro Sula (Honduras)

 

Loading...

2. Port Moresby (Papua New Guinea)

3. Pietermaritzburg (Afrika Selatan)

4. Caracas (Venezuela)

5. Fortaleza (Brazil)

6. Salvador (Brazil)

7. Johannesburg (Afrika Selatan)

8. Durban (Afrika Selatan)

9. Pretoria (Afrika Selatan)

10. Recife (Brazil)

Petaling Jaya tersenarai di tangga ke-40 manakala Johor Bahru di tempat 62. Dua bandar lain di Malaysia ialah Kuching tempat ke-118 dan Pulau Pinang ke-149.

Data Numbeo berdasarkan pengalaman dan persepsi orang ramai mengenai bandar raya serata dunia.

Menurut syarikat itu, data yang dikumpulkan tidak mewakili sebarang sumber rasmi atau dipengaruhi agensi kerajaan.

SUMBER

LEBIH ARTIKEL SENSASI…

SERAM! 2 Puak Jin Bergaduh Didakwa Punca Kejadian Api Misteri di rumah keluarga Zainab di Kampung Bunga Emas, Penambang, Kota Bharu yang hangus pada 19 September lalu.

KOTA BHARU Kejadian api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman, 80, sehingga mengakibatkan rumah mereka di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini hangus dijilat api bulan lalu didakwa berpunca daripada dua puak jin yang bergaduh.

Menurut pengamal perubatan tradisional dari Selangor, Saad Jaafar, 44, dia cuba membantu keluarga Zainab dan mendakwa telah menangkap dua puak jin yang mengganggu keluarga tersebut.

Puak yang pertama adalah puak jin yang membakar rumah ini yang mengaku api adalah permainannya.

 

Satu lagi puak pula adalah saka daripada keluarga ini sendiri. Insya-Allah selepas jin itu ditangkap tidak akan ada gangguan lagi, katanya ketika ditemui di bekas tapak rumah tersebut di sini semalam. – Kosmo

BEGINILAH keadaan rumah keluarga Zainab di Kampung Bunga Emas, Penambang, Kota Bharu yang hangus pada 19 September lalu.

Zainab Sulaiman melihat api misteri yang berlaku di kediamannya baru-baru ini di Kota Bharu.- pix ihsan Zulhanifa Sidek

Image result for api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman

Keluarga buntu, api misteri muncul lagi

PENGHULU Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria menunjukkan seluar yang terbakar tanpa sebab di rumah Faridah Sulaiman di Kampung Penambang, Kota Bharu, hari ini. – Foto Nik Abdullah Nik omar

KOTA BHARU: Api misteri yang sering mengganggu satu keluarga di Kampung Penambang di sini, hingga menyebabkan rumah mereka terbakar pada September lalu, sekali lagi muncul secara tiba-tiba dan membakar pakaian keluarga itu, hari ini.

Kejadian itu disaksikan beberapa wartawan yang hadir ke rumah Faridah Sulaiman, 72, kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Sebelum itu, wartawan yang sedang menemubual Faridah berhubung kejadian misteri yang menimpa keluarga itu, terkejut apabila secara tiba-tiba terhidu bau hangit di dalam rumah.

Apabila keluarga itu mencari punca bau itu, mereka mendapati seluar yang digantung di dalam tandas terbakar tanpa sebab.

Image result for api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman

Anak saudara Faridah, Rofeah Zakaria, 50, berkata beliau membuka pintu bilik air dan mendapati seluar panjang yang tergantung di dalamnya terbakar tanpa sebab.

“Kejadian seperti ini sering kali berlaku dan sebelum ini rumah saya duduki dan rumah jiran terbakar pada 19 September lalu yang berpunca daripada api misteri ini.

“Berikutan itu saya bersama anak Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan Wan Nor Fatini, 17, terpaksa berpindah ke beberapa tempat bagi mengelak kejadian seperti ini berulang,” katanya di sini tadi.

Beliau berkata, mereka pernah menumpang di rumah seorang saudara, di kampung berkenaan, sekali lagi diserang api misteri itu menyebabkan beberapa pakaian, sejadah dan tuala dalam dua bilik terbakar.

“Kami terpaksa menyewa hotel bajet dan kini sudah dua hari tinggal di sebuah rumah tamu yang disediakan oleh wakil kerajaan negeri di Pengkalan Chepa.

“Sudah habis ikhtiar kami lakukan dan hampir 100 pengamal perubatan tradisional dan ustaz datang cuba pulihkan keadaan namun tidak berjaya,” katanya. – BHarian

====

Bomba sifatkan kes api misteri sebagai luar biasa

NAZILI Mahmood (tiga kiri) selepas menyerahkan alat pemadam api kepada mangsa kebakaran, Zainab Sulaiman, (tiga kanan) bersama cucunya di rumahnya yang musnah akibat kebakaran pada 19 September lalu dipercayai akibat api misteri di Kampung Penambang Mas, Kota Bharu. – Foto Syams Suhaimi

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengklasifikasikan kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Penambang, di sini, bulan lalu akibat kemunculan api secara tiba-tiba adalah sebagai luar biasa.

Pengarahnya, Nazili Mahmood, berkata sehingga kini, pihaknya masih gagal mengenalpasti punca yang menyebabkan kebakaran itu berlaku.

Beliau berkata, kajian secara mendalam perlu dilakukan bagi mencari punca sebenar memandangkan ia adalah kes pertama berlaku yang tiada dalam pengamatan pihaknya.

“Daripada maklumat percakapan saksi, mungkin wujudnya api misteri sehingga memusnahkan secara fizikal dua kediaman di sini,” katanya selepas mengadakan lawatan di lokasi kediaman keluarga Zainab Sulaiman, 83, yang terbakar bersama rumah jirannya, di sini.

Dalam lawatan itu, Nazili turut menyampaikan empat alat pemadam api kepada keluarga berkenaan dan jiran supaya tindakan pantas boleh diambil sekiranya kebakaran berlaku lagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan satu keluarga di Kampung Penambang, di sini dihantui dengan kemunculan api misteri sehingga kerap berlaku kebakaran secara tiba-tiba di kediaman mereka sejak lima tahun lalu.

Namun pada 19 September lalu, kebakaran itu memusnahkan seluruh kediaman keluarga berkenaan dan sebuah rumah jiran seratus peratus menyebabkan kesemua mangsa tinggal sehelai pinggang.

Bagaimanapun, api misteri yang sering mengganggu keluarga itu sekali lagi muncul secara tiba-tiba dan membakar pakaian keluarga itu, kelmarin sehingga sempat disaksikan beberapa wartawan yang hadir kira-kira jam 5.15 petang.

Sementara itu, Zainab berkata, dia bersama menantunya, Ropeah Zakaria, 50, dan cucu-cucunya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan Wan Nor Fatini, 17, terpaksa mengharapkan belas ihsan orang ramai bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya harap terdapat pihak dapat membantu supaya kami bebas daripada dihantui kejadian ini. Sekarang ini saya terpaksa tidur di rumah saudara sebelum kembali ke sebuah khemah di depan kediaman yang terbakar ini untuk berteduh,” katanya. – BHarian

LEBIH ARTIKEL SENSASI…

39 jenis lelaki yang tidak layak dijadikan suami berdasarkan kisah benar. No31 Paling Sedih dan banyak berlaku!

Mungkin ada telah menjumpai lelaki yang mempunyai banyak ciri-ciri yang anda idamkan seperti kacak dan berpelajaran tinggi, namun ada beberapa perkara atau ciri yang anda perlu juga bertimbangkan.

 

Setiap orang ada baik dan buruk, namun apakah keburukan pada lelaki yang harus dielakkan?

Dan jika anda seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini, bersedialah untuk mengubah tingkahlaku anda untuk menjadi suami orang jika tidak mahu dibenci atau tidak disukai keluarga mertua.

Kes 1
Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

Kes 2
Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

 

Kes 3
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

Kes 4
Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

Kes 5
Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

Kes 6
Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

Kes 7
Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

 

Kes 8
Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

Kes 9
Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

Kes 10
Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

Kes 11
Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.

Kes 12
Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa-rupanya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

Kes 13
Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

Kes 14
Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

Kes 15
Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.

Kes 16
Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

Kes 17
Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..

Kes 18
Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak baru.

Kes 19
Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

Kes 20
Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

Kes 21
Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.

Kes 22
Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

Kes 23
Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .

Kes 24
Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

Kes 25
Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

Kes 26
3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawan.

Kes 27
Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

Kes 28
Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

Kes 29
Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

Kes 30
Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

Kes 31
Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

Kes 32
Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

Kes 33
Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

Kes 34
Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” (love bite) perempuan lain di badannya.

Kes 35
Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

Kes 36
Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

Kes 37
Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

Kes 38
Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…

Kes 39
Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu, kamilah hamba yang mengharap belas darimu. Ya Allah jadikan lah kami hamba-hambamu yang bertaqwa, ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung.”

Sumber : Hairul Nizam Ijam via ohmymedia.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *