MENGEJUTKAN! Anak Perempuan Jackie Chan Bercinta Kaum Sejenis-Ini Sebab Mengapa Dia Boleh Kantoi!

MENGEJUTKAN! Anak Perempuan Jackie Chan Bercinta Kaum Sejenis-Ini Sebab Mengapa Dia Boleh Kantoi!

Anak perempuan Jackie Chan, Etta Ng, hasil hubungan sulit bersama seorang bekas ratu cantik China, Elaine Ng Yi-Lei, baru-baru ini mengaku bahawa dirinya seorang lesbian dan sukakan kaum sejenis

Menerusi akaun Instagram Etta, dia memuat naik foto bersama yang kapsyen, “Sekiranya tiada siapa yang dapat memo, saya seorang lesbian.”

Loading...

 

Beberapa minit kemudian dia memadam kapsyen tersebut dan menggantikannya dengan beberapa hashtag, #lgbtqai, #lgbt, #lesbian, dan #androgynous.

Etta yang kini berusia 17 tahun kini tinggal bersama kekasihnya rakyat Kanada di Hong Kong. Baru-baru ini, Etta membuat kenyataan bahawa dia bakal tampil dengan pakaian jenamanya sendiri dan dijual melalui dalam talian.

Selepas memuat naik foto tersebut, Etta memuat naik lagi sebuah foto bersama seorang wanita seksi yang merupakan kekasihnya berserta kapsyen romantik.

Loading...

Etta baru-baru ini menjadi perhatian media apabila membuat laporan polis tentang ibunya dan didakwa menjadi mangsa dera oleh wanita tersebut.

SUMBER

LEBIH ARTIKEL MENGEJUTKAN…

MENGEJUTKAN! KL,PJ & JB Tersenarai Bandar Paling Bahaya Di Dunia!

Kuala Lumpur merupakan satu-satunya bandar raya di Asia Tenggara tersenarai antara 30 bandar dunia paling bahaya dari segi persepsi jenayah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, laman Numbeo yang mengeluarkan kaji selidk tersebut menilai persepsi menyentuh soal jenayah, kos kehidupan, pencemaran, kesihatan, kualiti kehidupan, kesesakan lalu lintas dan hartanah.

Lebih mengejutkan, bandar raya Petaling Jaya dan Johor Bahru juga tersenarai di antara 100 tempat dengan indeks jenayah paling tinggi.

Kuala Lumpur ditempatkan pada tangga ke-29 dengan indeks jenayah dicatatkan 68.31.

SENARAI 10 BANDAR RAYA DENGAN INDEKS JENAYAH PALING TINGGI MENURUT PENILAIAN PENGGUNA:

1. San Pedro Sula (Honduras)

 

2. Port Moresby (Papua New Guinea)

3. Pietermaritzburg (Afrika Selatan)

4. Caracas (Venezuela)

5. Fortaleza (Brazil)

6. Salvador (Brazil)

7. Johannesburg (Afrika Selatan)

8. Durban (Afrika Selatan)

9. Pretoria (Afrika Selatan)

10. Recife (Brazil)

Petaling Jaya tersenarai di tangga ke-40 manakala Johor Bahru di tempat 62. Dua bandar lain di Malaysia ialah Kuching tempat ke-118 dan Pulau Pinang ke-149.

Data Numbeo berdasarkan pengalaman dan persepsi orang ramai mengenai bandar raya serata dunia.

Menurut syarikat itu, data yang dikumpulkan tidak mewakili sebarang sumber rasmi atau dipengaruhi agensi kerajaan.

SUMBER

LEBIH ARTIKEL MENGEJUTKAN…

SERAM! 2 Puak Jin Bergaduh Didakwa Punca Kejadian Api Misteri di rumah keluarga Zainab di Kampung Bunga Emas, Penambang, Kota Bharu yang hangus pada 19 September lalu.

KOTA BHARU Kejadian api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman, 80, sehingga mengakibatkan rumah mereka di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini hangus dijilat api bulan lalu didakwa berpunca daripada dua puak jin yang bergaduh.

Menurut pengamal perubatan tradisional dari Selangor, Saad Jaafar, 44, dia cuba membantu keluarga Zainab dan mendakwa telah menangkap dua puak jin yang mengganggu keluarga tersebut.

Puak yang pertama adalah puak jin yang membakar rumah ini yang mengaku api adalah permainannya.

 

Satu lagi puak pula adalah saka daripada keluarga ini sendiri. Insya-Allah selepas jin itu ditangkap tidak akan ada gangguan lagi, katanya ketika ditemui di bekas tapak rumah tersebut di sini semalam. – Kosmo

BEGINILAH keadaan rumah keluarga Zainab di Kampung Bunga Emas, Penambang, Kota Bharu yang hangus pada 19 September lalu.

Zainab Sulaiman melihat api misteri yang berlaku di kediamannya baru-baru ini di Kota Bharu.- pix ihsan Zulhanifa Sidek

Image result for api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman

Keluarga buntu, api misteri muncul lagi

PENGHULU Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria menunjukkan seluar yang terbakar tanpa sebab di rumah Faridah Sulaiman di Kampung Penambang, Kota Bharu, hari ini. – Foto Nik Abdullah Nik omar

KOTA BHARU: Api misteri yang sering mengganggu satu keluarga di Kampung Penambang di sini, hingga menyebabkan rumah mereka terbakar pada September lalu, sekali lagi muncul secara tiba-tiba dan membakar pakaian keluarga itu, hari ini.

Kejadian itu disaksikan beberapa wartawan yang hadir ke rumah Faridah Sulaiman, 72, kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Sebelum itu, wartawan yang sedang menemubual Faridah berhubung kejadian misteri yang menimpa keluarga itu, terkejut apabila secara tiba-tiba terhidu bau hangit di dalam rumah.

Apabila keluarga itu mencari punca bau itu, mereka mendapati seluar yang digantung di dalam tandas terbakar tanpa sebab.

Image result for api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman

Anak saudara Faridah, Rofeah Zakaria, 50, berkata beliau membuka pintu bilik air dan mendapati seluar panjang yang tergantung di dalamnya terbakar tanpa sebab.

“Kejadian seperti ini sering kali berlaku dan sebelum ini rumah saya duduki dan rumah jiran terbakar pada 19 September lalu yang berpunca daripada api misteri ini.

“Berikutan itu saya bersama anak Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan Wan Nor Fatini, 17, terpaksa berpindah ke beberapa tempat bagi mengelak kejadian seperti ini berulang,” katanya di sini tadi.

Beliau berkata, mereka pernah menumpang di rumah seorang saudara, di kampung berkenaan, sekali lagi diserang api misteri itu menyebabkan beberapa pakaian, sejadah dan tuala dalam dua bilik terbakar.

“Kami terpaksa menyewa hotel bajet dan kini sudah dua hari tinggal di sebuah rumah tamu yang disediakan oleh wakil kerajaan negeri di Pengkalan Chepa.

“Sudah habis ikhtiar kami lakukan dan hampir 100 pengamal perubatan tradisional dan ustaz datang cuba pulihkan keadaan namun tidak berjaya,” katanya. – BHarian

====

Bomba sifatkan kes api misteri sebagai luar biasa

NAZILI Mahmood (tiga kiri) selepas menyerahkan alat pemadam api kepada mangsa kebakaran, Zainab Sulaiman, (tiga kanan) bersama cucunya di rumahnya yang musnah akibat kebakaran pada 19 September lalu dipercayai akibat api misteri di Kampung Penambang Mas, Kota Bharu. – Foto Syams Suhaimi

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengklasifikasikan kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Penambang, di sini, bulan lalu akibat kemunculan api secara tiba-tiba adalah sebagai luar biasa.

Pengarahnya, Nazili Mahmood, berkata sehingga kini, pihaknya masih gagal mengenalpasti punca yang menyebabkan kebakaran itu berlaku.

Beliau berkata, kajian secara mendalam perlu dilakukan bagi mencari punca sebenar memandangkan ia adalah kes pertama berlaku yang tiada dalam pengamatan pihaknya.

“Daripada maklumat percakapan saksi, mungkin wujudnya api misteri sehingga memusnahkan secara fizikal dua kediaman di sini,” katanya selepas mengadakan lawatan di lokasi kediaman keluarga Zainab Sulaiman, 83, yang terbakar bersama rumah jirannya, di sini.

Dalam lawatan itu, Nazili turut menyampaikan empat alat pemadam api kepada keluarga berkenaan dan jiran supaya tindakan pantas boleh diambil sekiranya kebakaran berlaku lagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan satu keluarga di Kampung Penambang, di sini dihantui dengan kemunculan api misteri sehingga kerap berlaku kebakaran secara tiba-tiba di kediaman mereka sejak lima tahun lalu.

Namun pada 19 September lalu, kebakaran itu memusnahkan seluruh kediaman keluarga berkenaan dan sebuah rumah jiran seratus peratus menyebabkan kesemua mangsa tinggal sehelai pinggang.

Bagaimanapun, api misteri yang sering mengganggu keluarga itu sekali lagi muncul secara tiba-tiba dan membakar pakaian keluarga itu, kelmarin sehingga sempat disaksikan beberapa wartawan yang hadir kira-kira jam 5.15 petang.

Sementara itu, Zainab berkata, dia bersama menantunya, Ropeah Zakaria, 50, dan cucu-cucunya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan Wan Nor Fatini, 17, terpaksa mengharapkan belas ihsan orang ramai bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya harap terdapat pihak dapat membantu supaya kami bebas daripada dihantui kejadian ini. Sekarang ini saya terpaksa tidur di rumah saudara sebelum kembali ke sebuah khemah di depan kediaman yang terbakar ini untuk berteduh,” katanya. – BHarian

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *