Masih Ingat Ayu 20 sen Dalam Filem Bujang Lapok? Beliau Akhirnya Menceritakan Suatu Rahsia Yang Ramai Masih Tak Tahu!

Masih Ingat Ayu 20 sen Dalam Filem Bujang Lapok? Beliau Akhirnya Menceritakan Suatu Rahsia Yang Ramai Masih Tak Tahu!

Setiap kali menonton filem Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham S Shamsuddin dan Allahyarham Datuk Aziz Sattar, penonton pasti terpikat dengan watak kanak-kanak bernama Ayu.
Ayu ibarat penyimpan rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton dan perlu disogok dengan duit 20 sen sekiranya diminta mengunci mulut oleh Zaiton atau diminta oleh ibu mereka supaya membuka rahsia kakaknya.

Ramai tertanya-tanya siapakah Ayu yang karakternya begitu mencuit hati ini? Biarpun pelakon cilik, dia ibarat antara tonggak penting cerita Melayu pada era Studio Jalan Ampas, Singapura ini.

Sebenarnya Ayu adalah anak S Sudarmaji, insan kreatif yang bergelar pelakon, pengarah filem, penulis skrip, penggubah lagu dan penulis lirik terkenal yang mempunyai hubungan rapat dengan P Ramlee.

Loading...

Ayu atau Sri Rahayu, kini berusia 65 tahun dan menetap di Cheras, Kuala Lumpur bersama keluarganya. Dia berkahwin dengan Muhammad Ghazi, 73, dan dikurniakan dua anak, Sri Ikarostika Rahayu, 44, dan Muhammad Syarzril, 35, serta mempunyai lima cucu.

Ayu DALAM filem Bujang Lapok.

Ayu berkata, ketika berlakon filem Bujang Lapok, usianya empat tahun setengah. Dia dipilih kerana bapanya penolong pengarah cerita ini.

“Sebaik bapa pulang dari studio, dia beritahu saya P Ramlee mahu ambil saya berlakon. Saya terus bersetuju kerana sering dibawa bapa ke studio dan biasa dengan semua pekerja.

Loading...

AYU ketika zaman remaja.

 

“Bujang Lapok filem pertama lakonan saya dan impaknya memang besar. Ramai yang kenal saya hanya kerana karakter Ayu,” katanya.

Ayu akui ketika kanak-kanak, dia sangat nakal dan sering berseluar pendek tanpa baju. Dalam Bujang Lapok, dia perlu terlebih dahulu tampil berambut panjang untuk babak P Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya makan.

“Saya kena melompat-lompat di atas meja makan restoran itu. Kemudian barulah rambut saya dipotong pendek untuk melakonkan watak Ayu.

“Nama saja Ayu tapi karakter saya seperti lelaki. Skrip pula hanya diberikan ketika di lokasi dan saya hafal sebelum penggambaran dibuat. Kalau diberi awal pun bukannya saya nak baca,” katanya.

Ketika proses ‘dubbing’ suara, Ayu perlu mengingati betul-betul dialog agar selari dengan pergerakan mulutnya.

“Selepas habis penggambaran, saya memang kena masuk ‘dubbing room’ untuk proses ini. Saya ditemani bapa dan apabila sampai bahagian saya, dia akan menepuk bahagian belakang badan sebagai isyarat supaya saya bercakap.

“Penggambaran dilakukan di satu perkampungan bernama Pulau Tiban dan sebahagian lagi di studio,” katanya.

AYU (duduk dua dari kiri) bersama keluarga.

Dua filem lain tidak jadi

Ayu menganggap pembabitannya dalam Bujang Lapok satu kenangan manis kerana filem ini masih diminati sampai sekarang. Generasi baru pun suka menonton Bujang Lapok.

“Dulu kebanyakan jiran tak tahu sayalah Ayu dalam filem ini. Lama-kelamaan barulah mereka tahu perkara sebenar,” katanya.

Selepas Bujang Lapok, Ayu sepatutnya terbabit dengan filem Golden Trumpet (judul sementara) arahan pengarah Filipina.

Bagaimanapun, berlaku kemalangan ketika pengarah itu pulang ke Filipina mengakibatkan kematian isterinya sehingga memaksa projek ini dibatalkan.

“Saya juga sepatutnya melakonkan watak Pekan dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup. Bagaimanapun bapa melarang kerana tak nak saya terlalu aktif berlakon.

“Akhirnya watak ini diberikan kepada Bad Latiff. Saya tak rasa kecewa pun. Selain itu, saya juga pernah tampil sebagai penari dalam filem Lampong Karam,” katanya.

Related image

sumber: hmetro
RAHSIA DI SEBALIK LAWAK SUDIN YANG RAMAI TIDAK TAHU… SEDIH!…

Apabila kita menonton siri BUJANG LAPOK kita telah disajikan dengan lawak jenaka spontan yang tidak pernah jemu untuk di tonton walaupun telah berulang kali kita menontonnya. Lawak jenaka yang dipertontonkan masih segar sehingga ke hari ini dan juga masih mampu membuat kita generasi sekarang ketawa dan terhibur.

Bercerita tentang BUJANG LAPOK tidak sah jikalau kita tidak menceritakan tentang salah seorang pemain karektor utama dalam filem berkenaan. Seniman S.SHAMSUDIN atau nama sebenarnya SHAMSUDIN BIN DALI adalah seorang watak penting yang memainkan peranan dalam menghidupkan lawak jenaka bersama P.RAMLEE dan AZIZ SATTAR. Satu kehebatan SUDIN dalam berlawak, beliau adalah seorang yang tidak memerlukan skrip dalam menterjemahkan dialognya disamping permainan memek mukanya sangat berkesan sehingga mempu membuat penonton yang melihat ketawa walaupun beliau tidak berdialog.

Salah satu rahsia yang beliau amalkan untuk membuatkan beliau sebati dengan pelbagai jenis lawak ialah dengan menggunakan kerengga. Menurut S.SUDARMADJI, SUDIN akan berlatih seorang diri dengan meletakkan kerengga di atas batang hidungnya dan membiarkan kerengga itu berkeliaran di mukanya. Dengan cara ini SUDIN dapat membuat senaman muka bagi mengelakkan beliau berasa geli akibat berkeliarannya kerengga itu tadi. Secara tidak langsung SUDIN telah melakukan teknik memek muka yang natural bukan dibuat buat.

Di kehidupan yang sebenar S.SHAMSUDIN bukanlah seorang yang suka berlawak seperti yang kita boleh lihat karektornya di dalam filem. Beliau seorang yang serius dan kurang bercakap banyak. Jarang kita melihat SUDIN berkongsi secara berlebihan tentang pengalamannnya bersama P.RAMLEE mahu pun kenangannya di Jalan Ampas apabila beliau ditemuramah. Pernah terjadi satu kisah apabila ada seseorang telah membuatkan SUDIN marah, dan cara SUDIN melepaskan kemarahannya itu adalah dengan membaca Al-Quran dengan kuat di tengah panas.

Menurut seniman dan pelawak Wahid Satay, sangat susah untuk mendominasi pentas apabila beliau seringkali digandingkan dengan SUDIN ketika melakukan stand up comedy bersama. Kalau kita ada kuncinya baru berjaya kita diamkan SUDIN katanya.

Itulah serba sedikit perkongsian tentang sifat keperibadian seorang pelawak yang sangat berkarisma di eranya. S.SHAMSUDIN sentiasa berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
TAHUKAH ANDA P RAMLEE PERNAH TERIMA ANUGERAH YANG TIDAK PERNAH WUJUD DI DUNIA! HEBAT DAN AL-FATIHAH UNTUK BELIAU…

Dari Tokyo, P.Ramlee telefon Saloma dan memaklumkan bahawa beliau telah tertangguh 1 hari (flight delay) untuk pulang ke Singapura. P.Ramlee menerangkan kepada Saloma bahawa beliau mendapat anugerah yang belum ada dalam dunia seni iaitu pelakon serba boleh, dimana P.Ramlee lah yang merupakan pelakon dan pengarah pertama yang dianugerahkan anugerah “THE MOST VERSATILE TALENT”.

Manakala bagi filem ANTARA DUA DARJAT pula, P.Ramlee terpaksa bertanding dengan Toshiro Mifune dari Jepun sebagai pelakon  terbaik, kata P.Ramlee, beliau kalah satu mata kerana pihak Indonesia tidak memberi sebarang markah kepadanya. Jika pihak Indonesia memberi 2 mata, P.Ramlee akan menerima  anugerah sebagai pelakon lelaki terbaik untuk kali kedua, oleh itu anugerah pelakon lelaki terbaik telah dimenangi oleh Toshiro Mifune, rakan dan pelakon yang diminati oleh P.Ramlee dari Jepun.

NILAI SEBUAH SAHABAT SEJATI

Kepulangan P.Ramlee dari Jepun ke Singapura pada ketika itu adalah membawa anugerah  tertinggi bagi orang seni didunia iaitu “THE MOST VERSATILE TALENT” yang merupakan anugerah yang belum pernah digondol oleh mana-mana  pelakon dalam dunia. Di lapangan terbang, tidak ramai yang menyambut kepulangan P.Ramlee, antara yang hadir pada masa itu ialah Mr Kwek, Jaafar Abdullah, Ahmad Zakaria dan yang mengalungkan bunga kepada P.Ramlee ialah Saloma & Ramli Ismail. Pada sebelah malam, NORDIN AHMAD datang ke rumah P.Ramlee di No. 28 Cedar Avenue sambil mengucapkan tahniah kepada beliau. Nordin Ahmad bertanya  kepada P.Ramlee tentang bagaimana anugerah seperti itu  boleh diadakan (THE MOST VERSATILE TALENT)???


P.Ramlee berkata menurut kata juri hakim, tiada anugerah yang  sepadan dengan kemampuanku dalam filem IBU MERTUA KU, kerana dalam filem itu aku terlibat sebagai pelakon drama dan muzik, lagu dalam filem itu aku juga yang tulis, bagi nyanyiannya aku sendiri yang menyanyi dalam filem itu, dan aku mengarah filem itu, jadi semua juri berbincang apa anugerah yang patut aku dapat? Juri sebulat suara mengatakan aku adalah seniman serba boleh dan dalam filem ANTARA DUA DARJAT kalau Indonesia beri 2  mata, aku akan dapat anugerah sebagai pelakon lelaki terbaik.
Pihak Shaw Brothers mahu P.Ramlee pergi ke Hong Kong untuk membuat filem Melayu disana. Oleh kerana beliau tidak gemar sikap pekerjanya yang ikut kata-kata pihak Union, Shaw telah serah sebuah skrip yang ditulis  oleh  Run Run Shaw kepada P.Ramlee untuk membuat filem pertama di Hong Kong. Skrip itu berjudul “SENIWATI” dan pihak Shaw menyuruh  P.Ramlee mencari sekurang-kurangnya tiga lagi cerita untuk dijadikan filem Melayu di Hong Kong. Pelakon yang akan P.Ramlee bawa  bersama ke Hong Kong untuk filem pertama berjudul “SENIWATI” itu ialah SARIMAH, UDA OMAR, AHMAD NISFU serta beberapa orang lagi pelakon dari studio Jalan Ampas.

Apabila pihak Union mendapat tahu perkara ini, semua pelakon dibawah naungan Union tidak  dibenarkan mengikut P.Ramlee ke Hong Kong. Sementara menantikan untuk ke Hong Kong, P.Ramlee mengarah satu lagi filem di studio Jalan Ampas iaitu filem TIGA ABDUL yang  menggunakan 2 pelakon yang menjadi tulang belakang Union. P.Ramlee juga turut berlakon  dalam filem TIGA ABDUL itu dan merupakan filem terakhir arahan P.Ramlee di Singapura sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur

Credit: The Patriots

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *