Mana ada Dewali Keramat kena tangkap!…

Tipu! Mana ada Dewali Keramat (tokan dadah yang dipercayai supply dadah kepada pembakar Pusat Tahfiz) kena tangkap!…

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menafikan berita yang tular di laman sosial mendakwa seorang lelaki tokan dadah dikenali sebagai Dewali Keramat ditahan, kelmarin kerana menjadi pengedar dadah kepada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang berkata, JSJN tidak membuat sebarang tangkapan ke atas lelaki seperti yang didakwa dalam berita tular itu.

“Berita yang tular itu tidak benar dan diharap berhenti menyebarkannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Loading...

Berita dalam sebuah blog Bahasa Melayu memaparkan mengenai seorang lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai Dewali Keramat yang dikatakan menjadi pengedar di sekitar Keramat dan mempunyai pelanggan yang terdiri daripada semua peringkat umur.

Berita yang tidak diketahui sumber itu, tular apabila lelaki itu dikatakan menjadi pengedar dadah kepada suspek remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes kebakaran pusat tahfiz berikutan enam daripada suspek itu positif ganja.

Dalam berita tular itu, turut memaklumkan bahawa polis turut merampas sebanyak 117 pil kuda bernilai RM1,170 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Keramat Hujung, petang kelmarin.

 

[ ARTIKEL TRENDING DI BAWAH ]

[VIDEO] ‘RIAK SAMPAI LUPA TUHAN’ – TEASER VIDEO KLIP BARU ‘I AM ME’ TERUK DIKRITIK NETIZEN

Loading...

Lagu ‘I Am Me’ nyanyian jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza atau lebih dikenali sebagai DSV pernah menjadi viral. Banyak versi parodi juga telah dihasilkan termasuk artis, Jihan dan Bell Ngasri.

Terbaru, DSV kini sedang dalam pengambaraan bagi menghasilkan video klip official untuk lagu ini. Namun, DSV sekali lagi dikecam netizen yang rata-rata menganggap DSV riak tak bertempat. Kenapa pula ini?

Muzik Video terbaru

Menerusi perkongsian oleh salah seorang yang terlibat dalam pembikinan video, dia berkongsi foto dari sudutan video klip itu. Foto itu menunjukkan DSV sedang bermandikan duit. Namun perkongsian itu dikritik hebat oleh netizen. Ramai mendakwa DSV riak.

Mewahnya!

 

 

[ ARTIKEL BERKAITAN DI BAWAH ]

Kantoi Teruk.. Penerbit Dedah Perangai Fathia Latiff, Punca Digugurkan Dari Sebuah Drama


Kini video gadis mirip pelakon popular Fathia Latiff yang menari sakan telah menjadi viral.

Kini satu lagi kontroversi melanda pelakon ini apabila namanya disahkan digugurkan dari sebuah drama.

Sepatutnya Fathia Latiff menjadi pelakon utama drama La Luna, namun oleh kerana dia mempunyai masalah displin iaitu datang lambat ke lokasi penggambaran, akhirny namanya digugurkan.

Perkara tersebut telah disahkan oleh penerbit syarikat produksi TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud.

Keputusan menyingkirkan pelakon itu dibuat selepas berbincang dengan pengarah dan pengurus produksi.

Masalah displin Fathia Latif telah menganggu kelancaran proses penggambaran drama La Luna yang turut sama dibintangi oleh Afiq Muiz, Nasha Aziz dan juga Elisya Sandha.

Ternyata Norazah kecewa dengan sikap pelakon itu yang mana sudah berjanji untuk berubah sebelum menawarkan berlakon dalam drama itu.

Ini pendedahan dari Norazah:


“Dia selalu datang lambat dan semalam tak datang langsung. Semua kru di lokasi menjadi saksi dan tidak ada apa lagi perlu disorokkan. Betul, dia sudah digugurkan daripada drama ini sejak semalam. 

“Fathia sudah terbabit selama dua minggu membabitkan 35 babak. Diakui sepanjang tempoh itu, dia sering datang lambat. Ada yang dimaklumkan begitu juga sebaliknya.

“Kalau dia datang awal pun, ia atas inisiatif pihak produksi yang memantaunya. Namun fikir secara logik, takkan setiap hari mereka nak menguruskan dia seorang. Banyak lagi perkara lain perlu dilakukan.


“Soal dia datang lambat, kami boleh tutup mata lagi sebab masih boleh meneruskan penggambaran selepas itu. Namun apabila dia tidak muncul di lokasi semalam, saya beranggapan dia sudah melampau.

“Pada awalnya saya tak nak mengambil dia berlakon kerana sedia maklum dia mempunyai masalah disiplin. Namun pengurus produksi memberi jaminan dia sudah berubah. Malah dia sendiri mengatakan perkara sama kepada saya. Jadi saya pun percayakannya.

“Apabila terjadi perkara ini, saya sangat kecewa. Dia mengkhianati kepercayaan diberikan. Ia memberi kesan kepada keseluruhan pasukan. 

“Dia ada menghantar mesej meminta maaf dan berjanji untuk berubah. Namun saya serik dan takut dengan janji diberikan. Malah pengarah dan pengurus produksi pun sama

Satu lagi perkara, Norazah telah membetulkan laporan dari Beautifulnara di mana pihak produksi tidak menghalau Fathia yang hadir di dalam keadaan tidak terurus.

Sebenarnya pelakon itu tidak dihalau, tetapi sebenarnyarnya dia yang melarikan diri.

Ini komen Norazah lagi:

“Selepas ditegur kerana tidak memberi komitmen, Fathia melarikan diri menaiki kenderaan bersama seorang teman iaitu pelakon baharu. 

“Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang artis yang paling bermasalah.

Buat masa ini, pengganti untuk Fathia Latiff masih belum diketahui.

Pendedahan ini ternyata membuatkan ramai yang terkejut kerana tidak percaya perangai Fathia sebegitu rupa.

Semoga perkara ini dijadikan ikhtibar.

Ramai juga yang mahu Fathia Latiff sendiri memberi kenyataan tentang hal ini.

Sumber: BeautifulNara

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *