Lelaki Ini Meninggal Akibat Gantung Diri Di Kipas Syiling, Apa yang terjadi kepada mayat tersebut amat menyeramkan..! Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Urus Jenazah!…

Lelaki Ini Meninggal Akibat Gantung Diri Di Kipas Syiling, Apa yang terjadi kepada mayat tersebut amat menyeramkan..! Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Urus Jenazah!…

Perasaan yang sama kembali menerjah ke ruang akal dan geluk hati bersilih ganti. Antara resah gelisah dan gundah seakan berlegar legar tanpa henti.

 

Loading...

Enggan melayan cemas yang mendatang namun atas tanggungjawab dan amanah, saya bergegas ke sebuah hospital atas satu panggilan dengan perasaan berat hati yang mengiringi.

Berbekalkan pengalaman yang terdahulu, saya dapat mengagak yang perasaan sebegini akan berkaitan dengan jenazah yang bakal saya temui dan uruskan sebentar nanti.

Saya hanya mampu berdoa agar jangan diuji dengan kesulitan mahupun dipertemukan dengan kejadian yang aneh aneh namun atas dasar manusia siapalah saya yang mampu melawan kudrat ALLAH S.W.T.

Bermohon agar terus diberi kekuatan mudahan pertemuan antara saya dan jenazah nanti adalah pertemuan yang “manis” sahaja.

Bersama dengan Ustaz Muhd Aidil Zainol Bahar dan tiga orang sahabat, kami segera ke hospital dan terus menuju ke bilik mayat.

Menjadi kelaziman bagi saya untuk mengisi dahulu beberapa dokumen penting sebelum urusan dilakukan. Tiba saat yang makin mendebarkan jiwa saya meskipun sudah bertahun berdepan dengan para jenazah.

Loading...

 

Saya terus berdoa agar diberi kekuatan untuk menyempurnakannya hingga selesai. Dengan lafaz bismillah saya menarik tray mayat secara perlahan lahan.

Saat membuka kain yang menutupi wajahnya, saya terpandang situasi yang amat mengerikan.

Lidahnya terjelir dan wajahnya berkerut seakan menahan kesakitan yang amat berat. Terdapat kesan lebam akibat jerutan di lehernya.

Saya cuba mengumpul kekuatan yang ada dan beserta empat sahabat, kami mengangkat jenazah ke atas pengusung.

Masing-masing memegang anggota bahagian jenazah namun sekali lagi kami diduga apabila tangan bahu dan kaki terasa amat sakit. ALLAH HU AKHBAR !!!

Jenazah amat berat sekali berbanding susuk tubuhnya yang hanya sederhana dan masih berumur lingkungan 20an. Tidak di situ sahaja, tenaga sasa kami seramai empat orang diuji lagi tatkala menolak pengusung ke tempat mandi.

Jarak yang dekat terasa amat jauh dan saya secara peribadi telah sehabis tenaga menolak pengusung begitu juga sahabat yang lain. Walaubagaimanapun saya tidak mengeluh dan di hati hanya berdoa agar ALLAH S.W.T menyempurnakan tugas memandikan arwah.

Kali ini ALLAH S.W.T benar benar ingin memperlihatkan kekuasaanNya.

Saat menyucikan jenazah, najis yang keluar dari duburnya amat banyak dan tanpa henti. Saya mengurut perlahan lahan perutnya dengan tujuan ingin mengeluarkan lagi najis yang ada.

Setelah memastikan ianya benar benar bersih saya mengiringkan badan arwah untuk meratakan air pada anggota yang lain namun setiap kali tubuhnya digerakkan setiap kali itulah najisnya masih keluar dalam kuantiti yang banyak. Kami meneruskan proses memandikannya hinggalah selesai dan ketika didapati najisnya telah berhenti, maka urusan kafan pun kami mulai.

Namun perkara yang sama masih terjadi tatkala kami mula meletakkan jenazah di atas kain kafan. Sekali lagi proses pembersihan dilakukan dan kain kafan perlu ditukar segera.

Kali ini saya tekad menyumbat kapas sebanyak yang mungkin disamping doa yang tiada henti di dalam hati mudahan ALLAH S.W.T mengampunkan segala dosa arwah dan meringankan urusan mengkafan. Alhamdulillah najisnya berhenti mengalir dan kami meneruskan proses mengkafan.

Perasaan lega yang bertandang hanya sebentar sahaja.

Sekali lagi kami diuji tatkala saat mengkafan jenazah, mengalir darah dari mulut dan hidungnya. Situasi sebegini lumrah kami temui tatkala menguruskan jenazah yang mengalami pendarahan dalaman.

Tanpa membuang masa kami menyucikan darah tersebut dengan kapas dan jenazah selamat disembahyangkan hinggalah dikebumikan di tanah perkuburan.

Menyingkap sedikit latar belakang kematian arwah, menurut maklumat yang saya perolehi lelaki tersebut meninggal dunia akibat menggantungkan diri pada kipas syiling di biliknya setelah putus cinta dan ditinggalkan oleh kekasih hati.

Kekecewaannya berlarutan apabila mendapat tahu kekasihnya telah berkahwin dengan lelaki lain lantas memaksanya mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Saya turut dimaklumkan bahawa keluarga arwah enggan menguruskan jenazahnya dan setelah beberapa hari berada di bilik mayat, warisnya masih enggan menuntut jenazah arwah sehinggalah pihak hospital bertindak menghubungi saya.

Peristiwa ini masih segar di ingatan saya biarpun telah lama berlaku. Suka saya menyeru dan menitipkan pesan serta memperingati sidang pembaca agar berhati hati dalam bercinta.

Carilah cinta ALLAH S.W.T dahulu nescaya ALLAH S.W.T akan mentakdirkan cinta buat kita.

Sentiasa berfikiran positif dan mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T agar setiap tindakan kita tidak tersasar ke arah kemungkaran dan jalan yang tidak diredhai.

Mudahan pengakhiran kita dalam khusnul khotimah dan jangan disebabkan gagal bercinta terhadap makhluk kita menempah menjadi tetamu di gerbang neraka.

Nauzubillahimindzalik.

Mohon kemaafan andai perkongsian saya ini menyinggung beberapa pihak namun tiada sebarang niat mengaibkan sekadar menyuntik kesedaran dan muhasabah agar kita bijak mengatur hidup di landasan ALLAH S.W.T Jazakallah khairan kathira.

“Barangsiapa yang membunuh dirinya sendiri dengan suatu cara yang ada di dunia, niscaya pada hari kiamat, niscaya ia akan disiksa dengan cara seperti itu pula “.
( HR. Bukhari Dan Muslim )

“Barangsiapa bunuh diri dengan menggunakan besi, maka tangannya akan melukai perutnya sendiri dengan besi itu di neraka jahanam dan ia kekal di dalamnya selama-lamanya. Barangsiapa bunuh diri dengan cara minum racun, maka ia akan terus meminumnya di neraka jahanam dan ia kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa melompat dari tebing untuk bunuh diri, maka ia akan terus terjatuh di neraka jahanam dan ia kekal di dalamnya selama-lamanya “. ( HR. Muslim : 313 ) – Syed Sohleh Syed Jalaluddin

sumber: amazingnara

LEBIH ARTIKEL TRENDING…

5 Kes Jenayah Yang Dilakukan Selepas Kena ‘Unfriend’ di Facebook. NO 5 Paling JAHAT!

Kena unfriend di Facebook? Adakah anda mengambil serius perkara tersebut atau hanya menepisnya, kerana isu itu hanyalah mainan media sosial? Tidak kiralah apa saja reaksi anda, pastikan yang anda tidak keterlaluan dalam menyuarakan ketidak puashatian anda selepas dibuang daripada senarai kawan Facebook. Berikut adalah 5 kes paling menyedihkan yang berlaku angkara kes unfriend di Facebook, yang bukan saja menyebabkan kecederaan, malahan mendatangkan kematian pada orang lain.

1. Wanita bakar rumah selepas kena unfriend

bakar rumah unfriend facebook

Jennifer Chrsitine Harris, seorang  guru berusia 30 tahun, ditahan pihak berkuasa Iowa, Amerika Syarikat selepas didapati dengan sengaja, membakar sebuah rumah  milik seorang wanita yang membuang Jennifer daripada senarai rakannya di Facebook.

Semuanya berpunca apabila Jennifer berbalas-balas komen dengan rakannya bernama Nikki Rasmussen di Facebook. Mungkin berang dengan komen pedas Jennifer, Nikki bertindak membuang Jennifer dan menyenarai hitamnya daripada senarai rakannya.

Ini membuatkan Jennifer bertindak balas dengan membakar rumah Nikki. Nikki bernasib baik berjaya menyelamatkan diri dan keluarganya selepas bunyi letupan pada bumbung garaj yang runtuh mengejutkan mereka dari tidur, pada jam 1 pagi.

Perlu diberitahu, Jennifer adalah pengapit kepada Nikki ketika Nikki berkahwin dengan suaminya.

2. Bapa penyayang yang membunuh pasangan yang unfriend anaknya

mangsa pembunuhan lepas unfriend facebook

Janelle Porter, seorang wanita 30 tahun mengalami nasib dibuang daripada senarai kawannya, pasangan Billie Payne Jr. dan temannya Billie Jean Hayworth. Marvin Potter, ayah Janelle yang berusia 60 tahun serta bekas teman lelaki Janelle bernama Jamie Lynn Curd telah pergi ke rumah Billie Payne, lalu membunuh mereka berdua dengan tembakan senapang patah di kepala. Anak pasangan itu, seorang bayi lelaki berumur 7 bulan bernama Tyler, dibiarkan sahaja dalam pelukan ibunya berlumuran darah.

Kejadian itu berpunca daripada rasa iri hati Janelle yang telah lama menyukai Billie Payne Jr. dan dia tidak dapat menerima hakikat, lelaki idamannya itu telah pun bercinta dengan orang lain. Janelle menceritakan pelbagai kisah bohong pada Marvin, mengatakan Billie Payne Jr. suka mengugut beliau di Facebook, sebelum Marvin membuat tindakan drastik membunuh pengacau anaknya itu.

 

3. Gantung diri selepas kena unfriend

simon foxley bunuh diri unfriend

Simon Foxley adalah seorang lelaki Britain berumur 21 tahun, berasal dari Gloucestershire. Dia memberitahu perasaan suka pada seorang gadis melalui Facebook, namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Gadis tersebut yang tidak dikenali membuang Simon daripada senarai kawan Facebook beliau.

Simon cuba memujuk gadis itu untuk menerima beliau namun usahanya gagal, sehinggalah gadis itu tidak tahan dan menghantar mesej balas pada Simon untuk “pergi mati.” Itulah yang dilakukan oleh Simon selepas dirinya ditemui tergantung oleh ayahnya di laman rumah mereka.

Simon sempat menulis nota menyatakan kekecewaannya ditolak gadis tersebut dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang dia tinggalkan.

4. Transgender yang menyerang teman lelakinya selepas kena unfriend

william arriesgado bunuh unfriend

William Hanz De Veyra Arriesgado atau lebih senang dipanggil William, adalah seorang lelaki transeksual berumur 25 tahun yang sudah pun selesai menukar jantinanya. William seorang rakyat Filipina bercinta dengan seorang lelaki Australia bernama Colin Peady, berumur 47 tahun.

Mendapati dirinya dibuang daripada senarai kawan di Facebook serta perubahan status Colin yang sudah diisytiharkan ‘single’, mereka berdua bertengkar di sebuah pub di Duxton Road, Changi, Singapura sebelum Colin meninggalkan William di situ.

William menjejaki Colin ke rumahnya dan memujuk Colin untuk membenarkan beliau masuk. Keadaan kembali tenang sebelum pertengkaran kembali tercetus, menyebabkan William menyerang Colin dengan pisau sepanjang 20 cm, mengakibatkan 16 kesan tikaman pada badan Colin.

5. Bunuh ayam peliharaan selepas kena unfriend

shane barrett bunuh unfriend

Lain pula ceritanya dengan kisah Tanya Vincent, seorang pencinta binatang. Dia berjaya menyelamatkan 4 ekor ayam telur yang hendak disembelih lalu membawa ayam-ayam tersebut pulang ke rumahnya. Ayam yang diberi nama Queenie, Shy, Dancer dan Rosie itu menjadi haiwan kesayangan Tanya.

Dalam Facebook, Tanya berkawan dengan seorang lelaki bernama Shane Barrett, individu tiada rumah yang hidup merata-rata tempat. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Tanya membuang Shane daripada senarai rakan Facebook beliau.

 

Mendapati dirinya dibuang Tanya, Shane bertindak balas dengan pergi ke rumah Tanya lalu memenggal kepala Queenie, Shy dan Dancer, sementara Rosie pula cedera teruk. Badan dan kepala ayam-ayam itu diletakkan di depan pintu rumah Tanya sebagai tanda protes.

Shane didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan itu.

sumber: iluminasi

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *