Lelaki Ini Mendapat Gelaran ‘Lelaki 1,000 Janda’. Sebabnya Boleh Buat Korang TERPANA!

Lelaki Ini Mendapat Gelaran ‘Lelaki 1,000 Janda’. Sebabnya Boleh Buat Korang TERPANA!

Jakarta: Seorang lelaki mendapat jolokan ‘Lelaki 1,000 Janda’ kerana usahanya membantu wanita berusia yang kehilangan suami.

Roel Mustafa, 39, berkata, perbuatannya itu untuk meneruskan usaha arwah ibunya yang sering bermurah hati berkongsi makanan dengan rakan-rakannya.

Loading...

“Ibu saya ketika itu juga sudah lama tiada suami dan sudah pasti pada usia 60-an rakannya juga ramai yang tidak mempunyai suami atau sesiapa untuk menjaga mereka.

“Arwah ibu tidak pernah berkira dan sentiasa mengongsikan apa yang kami ada bersama rakannya yang kurang bernasib baik yang tinggal berdekatan,” katanya.

 

ROEL (kiri) bersama seorang wanita warga emas dibantunya. – Agensi
Susulan itu dengan jolokan ‘Lelaki 1,000 Janda’ dia menggunakan slogan ‘menafkahi tak harus menikahi’ di akaun Facebooknya untuk menunjukkan keikhlasannya membantu golongan berkenaan.

“Sasaran saya mahu membantu 1,000 wanita warga emas seperti itu dan menginspirasikan lelaki lain yang mampu membantu supaya turut berbuat demikian.

Loading...

“Daripada membazirkan wang berfoya-foya bukankah lebih baik menggunakannya untuk membantu orang lain? Tidak banyak diperlukan, cukup untuk membeli bekalan asas seperti minyak masak serta beras untuk golongan ini yang sering dipinggirkan.

“Sebenarnya satu kepuasan apabila kita membuatkan orang lain tersenyum,” katanya. – Agensi

kredit: tribunnews /  bujanglapok2.com

SUMBER

LEBIH ARTIKEL TRENDING…

Inilah Pakar Tangkap Jin Pertama Di Dunia. Korang Mesti Terkejut Tengok Kaedah Yang Digunakan!
 

 

JOHOR BAHRU: Jika adanya kemunculan hantu di kawasan kejiranan anda, ianya kini bukan lagi satu masalah kerana anda boleh menghubungi pakar tangkap jin, Sa’ad Jaafar.
Lelaki berusia 44 tahun itu mendakwa  boleh menghentikan gangguan hantu tanpa perlu berada di tempat kejadian.

Menurut Sa’ad, khidmatnya tidak memerlukan dia berada di lokasi gangguan hantu sebaliknya dia hanya melakukan perkara itu dari pusat rawatannya sahaja.

“Saya tak perlu ada secara fizikal di sesuatu tempat untuk menangkap hantu. Sebelum ini, yang paling jauh ialah saya tangkap jin di Sabah,” ujarnya.

Katanya lagi, pusat rawatan iLahana miliknya merupakan yang pertama di dunia menawarkan perkidmatan menangkap jin dan hantu dari jarak jauh.

Dibantu oleh Mohd Azim Adam, 46, Sa’ad memulakan perkhidmatan itu pada 2015 dan mendakwa sudah membersihkan hampir 300 kawasan di seluruh negara dari gangguan jin.

Menurut Sa’ad, dia dan pembantunya menyimpan jin yang ditangkap di sebuah lokasi rahsia berhampiran sebuah mansjid.

“Kita simpan hantu dan jin berhampiran masjid untuk menggalakkan mereka bertaubat,” ujarnya.

Untuk sesi selama dua jam, Sa’ad mengenakan upah sebanyak RM200. Namun, pelanggan boleh membayar mengikut kemahuan mereka.

Katanya, cara biasa bagi melawan jin adalah dengan menggunakan garam dan lada hitam.

Namun, penggunaan bahan itu tidak berupaya untuk menangkap sebaliknya hanya boleh menghalau sahaja.Ujarnya lagi, kawasan hutan, air terjun, tasik dan sungai merupakan lokasi kesukaan makhluk itu.

sumber:mstar

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *