KUBUR ANEH DI MAKAM DIRAJA LANGGAR ! “KENAPA KUBUR NI ANEH AYAH?” IKUTI RAHSIA BESAR MAKAM INI!…

Di sebalik misteri kubur pelik di Makam Diraja Langgar, Ini kisah yang ramai tak tahu berkenaan sejarah kesultanan Melayu Kedah.

 
“KENAPA MAKAM NI PELIK AYAH?”
“Kenapakah makam ini jadi begini abah ?”
“Sultan Kedah kan sangat kaya ? ”
“Dulu kan Sultan Kedah bagi kat Siam Bunga Emas dan Bunga Perak macam kat muzium tu… macam tu saja…Kat Siam ?”
“Kenapa makam ni tak cantik macam makam lain abah??”

DENDAM KESUMAT
Inilah makam Tunku Yaakob atau di kenali Tunku Embon Ibni Tunku Abdullah.
Sejarah tidak akan menipu kita..Boleh diceritakan kepada anak cucu kita.

Loading...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Makam ini pernah di gali beberapa kali . Sebabnya Tunku Yaakob menderhakai Sultan Kedah berpakat dengan Siam. Sebenarnya makam ini tidak berada di dalam kawasan Makam DiRaja . Disebabkan kawasan makam DiRaja ini terpaksa dibesarkan kerana pertambahan makam makam kerabat Di raja Kedah, maka makam Tunku Yaakub terpaksa di gali semula kemudian di tanam di luar Makam Diraja kerana tidak mendapat perkenan Sultan yang memerintah.

Sudah beberapa kali makam ini terpaksa di gali untuk di tanam di luar Makam Di Raja dengan kuasa Allah di atas Makam Tunku Yaakob ini timbul terbinanya sarang anai-anai sebegini. Akhirnya makam ini KEKAL berada di dalam kawasan Makam DiRaja sehingga sekarang atas persetujuan Sultan Abdul Halim tambahan pula sarang anai-anai yang besar berada diatas makam ini.

Kisah Tunku Yaakob menentang Sultan Kedah ketika itu menyebabkan Sultan Kedah kehilangan Takhta dan melarikan diri ke Melaka.

Akhirnya Tunku Anum berjaya mendapatkan balik negeri Kedah dari taklukan Siam dan Kedah terpaksa menghantar BUNGA EMAS dan BUNGA PERAK kepada Kerajaan Siam. Kisah galur sejarah ini membawa kepada terbentuknya Kerajaan Negeri Perlis sekarang ini.

Loading...



KESULTANAN MELAYU KEMBALI BERKUASA
Pada tahun 1842 pemerintah Thai melalui Raja Nangklao atau Rama III di Bangkok secara rasmi terpaksa menyerahkan kedaulatan Kedah kepada Sultan Kedah atas desakan pihak Inggeris, khususnya Gabenor Bonham.

Mengenang jasa Tunku Anum terhadap negeri Kedah maka Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah menghadiahkan kepadanya wilayah Kubang Pasu dengan 24 mukim yang terdapat di dalamnya.

Sebagai Raja Kubang Pasu beliau telah menjadikan Pulau Pisang sebagai pusat pentadbirannya.

Sultan Ahmad Tajuddin turut mengisytiharkan Perlis sebagai wilayah baru dan melantik Syed Husain Jamalullail sebagai pemerintah yang pertama.

Syed Husain Jamalullail merupakan keturunan Arab yang turut berperanan bersama-sama kelompok Arab yang tinggal di wilayah Perlis dalam membantu pengembalian takhta negeri Kedah daripada Thai.

Wilayah Setul pula diisytiharkan sebagai wilayah baru dan melantik Tunku Bisnu sebagai pemerintah. Tunku Bisnu menjadikan Bandar Mambang Segara sebagai pusat pemerintahan.

Sumber : Mohd Shukor Nor Hafiza via BacaViral
Kejamnya Cara Tunku Yaakob Dibunuh Oleh Tentera Thai

Sungguh tragis cara Tunku Yaakub mangkat. Semuanya disebabkan oleh sikap dan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Tunku Yaakub terhadap kedaulatan Negeri Kedah. Pembunuhan Tunku Yaakub bermula apabila Raja Thailand yang ketika itu sedang memerintah Kedah iaitu Chum Pabian menjemput Tunku Yaakub dan anaknya Tunku Sulaiman untuk datang ke Alor Ganu selepas selesai sembahyang Hari Raya Haji.

peta

Semasa pertemuan tersebut berlangsung Chum Pabian memberitahu Tunku Yaakub supaya bersiap sedia untuk menjadi Sultan Kedah. Setelah itu, Tunku Yaakub dan anaknya Tunku Sulaiman diarahkan supaya berpakaian lengkap sebagai seorang Sultan. Mendengar hal itu Tunku Yaakub begitu teruja dan gembira. Tunku membuat persiapan dengan rapinya dan beliau telah berangkat ke masjid serta ke makam datuk neneknya untuk membaca doa sebelum ditabalkan menjadi Sultan Kedah.

Namun, tanpa diduga sesuatu telah berlaku kepada Tunku Yaakub dan Tunku Sulaiman apabila mereka telah ditangkap oleh tentera-tentera Siam di pinggir makam datuk neneknya. Tunku Yaakub dan Tunku Sulaiman telah diikat dan disumpah seranah oleh Chum Pabian iaitu Raja Thailand di situ juga. Chum Pabian dalam sumpah seranahnya telah mengungkit kisah lama yang terjadi diantara ayahandanya dengan Sultan Kedah terdahulu. Selain itu, kedua-dua mereka turut dituduh telah bersubahat dengan Tunku Kudin dalam usaha membunuh orang-orang Siam.

Akhirnya dengan kemarahan yang tidak dapat dibendung, Chum Pabian sendiri telah menghunuskan goloknya dan membelah dada Tunku Yaakub serta anaknya Tunku Sulaiman kerana hendak melihat sendiri hati anak raja yang sanggup mengkhianati Raja serta bangsanya. Setelah membunuh, Raja Thailand sendiri yang mengebumikan kedua-duanya di dalam kota Makam DiRaja di Langgar. Namun, kemudiannya apabila Sultan Ahmad Tajuddin balik memerintah Kedah semula dalam tahun 1843, mayat kedua-dua anak raja tersebut dikeluarkan, dimandi, dikapan, dan ditahlilkan serta diarahkan untuk dikebumikan di luar kota Makam DiRaja.

makam 3

Menurut penduduk sekitar daerah Langgar, apabila makam ini diperluaskan, makam kedua-dua anak raja ini sudah termasuk ke dalam kota Makam DiRaja dan kemudiaannya makam tersebut dikeluarkan semula daripada tempat tersebut. Akhirnya, makam ini dibiarkan sehingga kini tidak terhias dan jarang dilawati oleh masyarakat walaupun makamnya telah berada semula di dalam kota Makam DiRaja Langgar.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *