KISAH PINANGAN PEMUDA BERKASUT CONVERSE DITOLAK USTAZAH., TDAK LAMA KEMUDIAN USTAZAH AKHIRNYA TERKEJUT LELAKI ITU RUPA2NYA!… MENYESAL TAK SUDAH!

Kisah pinangan pemuda berkasut Converse DITOLAK seorang Ustazah… Tidak Lama kemudian, Ustazah itu akhirnya terkejut bila mendapat tahu lelaki itu rupa-rupanya!… Menyesal tak sudah!

Kehidupan di Universiti adalah dimana kita berjumpa ramai orang. Tak kurang juga ramai yang telah berjumpa jodoh semasa berada di Universiti. Seorang lelaki yang berpakaian biasa bertshirt, seluar jeans & memakai kasut converse telah jatuh hati terhadap seorang ustazah.

KISAH PINANGAN PEMUDA BERKASUT CONVERSE DITOLAK USTAZAH USTAZAH AKHIRNYA TERKEJUT LELAKI ITU RUPA2NYAKISAH PINANGAN PEMUDA BERKASUT CONVERSE DITOLAK USTAZAH USTAZAH AKHIRNYA TERKEJUT LELAKI ITU RUPA2NYA

Dia telah menghantar rombongan meminang, namun sedih, pinangannya ditolak. Ustazah kemudian mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu yang sangat MENGEJUTKAN !!!

Loading...

CERITA BERMULA DI SEBUAH UNIVERSITI

Di sebuah Universiti, ada sorang mamat tshirt jeans kasut converse berkenan dekat sorang student ustazah tudung labuh yang sangat cun. Masalahnya, ustazah tudung labuh ni tak bekenan dekat mamat ni, sebab dia dah bekenan sorang brader yang selalu imamkan sembahyang berjemaah di masjid.

Sebenarnya, yang dia bekenan sangat bila imam tu baca Al Fatihah dan surah dengan tarannum hadar yang MasyAllah punya la sedap. Suara lunak merdu imam buat ustazah bertudung labuh ni jatuh hati.

 

KISAH PINANGAN PEMUDA BERKASUT CONVERSE DITOLAK USTAZAH USTAZAH AKHIRNYA TERKEJUT LELAKI ITU RUPA2NYAKISAH PINANGAN PEMUDA BERKASUT CONVERSE DITOLAK USTAZAH USTAZAH AKHIRNYA TERKEJUT LELAKI ITU RUPA2NYA

Kadang kadang, terasa geram di hati bila brader imam baca surah lazim pendek. Tak puas menikmati sedapnya suara imam diselang seli dengan tone bacaan power, sekejap Nahwand, naik pula ke Rhos kemudian di akhir ayat masuk pula Bayyati Khusaini. Amboihhh bertuahnya kalau dapat dibuat imam di rumah nanti.

Paling dia suka, bila tiba subuh Jumaat. Sang imam melunak surah As Sajdah beralun sedap sampai kadang kadang makwe ustazah boleh pergi ruku walhal takbir tu untuk sujud sajdah. Punya lah asyik dengan bacaan sampai terlalai step sujud sajdah. Pernah juga beberapa kali orang lain jadi imam subuh Jumaat, agak sedikit down makwe tadi tapi apa boleh buat, sembahyang mesti diteruskan.

Loading...

HANTAR ROMBONGAN MEMINANG

Suatu hari, mamat pakai tshirt jeans kasut converse ni memberitahu ustazah tudung labuh yang dia bekenan betul dekat ustazah, dan plan nak masuk meminang. Memang selalunya trend student muslimah alim tak ada declare kapel kapel. Kalau suka, beritahu dan pergi lah masuk meminang.

Mamat tshirt jeans converse tahu benar konsep itu. Kalau nasib baik dapat lah. Itu pun kena tengok juga istikhoroh belah perempuan dapat petunjuk ke tidak. Juga, lagi penting clearance dan approval dari kakak Naqibah.

Ustazah menjadi serba salah.

Nampak mamat ni macam bersungguh, tapi hati dia dah bekenan pada imam masjid suara sedap. Dalam hati dia curiga juga mamat ni power ke baca Quran, hafal dah banyak mana? Itu belum lagi masuk kira bacaan dia sedap atau malap. Tengok budak budak dia berkawan pun semuanya selebet naik motor jenis suka beremba. Ahhhh.

Setelah mengambil pendapat Naqibah, dan pendapat ibu ayah, ustazah tudung labuh tadi membuat kata putus menolak hasrat mamat tshirt jeans converse. Tidak berwibawa kelibat mamat tadi menampilkan dirinya. Pakaian melambangkan akhlak, sikap dan pergaulan begitu hipotesis akhir mereka.

Tindakan susulan, demi mengelakkan another incident mamat tshirt jeans converse lain berani berani cakap nak masuk meminang, kawan kawan ustazah mencadangkan untuk menyampaikan pinangan sang ustazah kepada imam yang dia berkenan sangat tu, kerana pada dia, imam itu lah cinta pertama dan selamanya.

KEBENARAN YANG MENGEJUTKAN USTAZAH

Rancangan dibuat dengan rapi. Tidak berapa lama, suatu petang, wakil ustazah dapat juga bertemu imam yang dimaksudkan. Hasrat sang ustazah disampaikan kepada brader imam. Semua ciri, sikap malahan gambar ditunjuk kepada imam. Sang imam tersenyum, lalu dia memberitahu kepada wakil ustazah;

KISAH PINANGAN PEMUDA BERKASUT CONVERSE DITOLAK USTAZAH USTAZAH AKHIRNYA TERKEJUT LELAKI ITU RUPA2NYAKISAH PINANGAN PEMUDA BERKASUT CONVERSE DITOLAK USTAZAH USTAZAH AKHIRNYA TERKEJUT LELAKI ITU RUPA2NYA

Tuan, sebenarnya tidak lama dahulu saya pernah mempelawa dia untuk saya peristerikan, tapi malangnya lamaran saya ditolak atas alasan cara saya berpakaian dan kawan kawan saya yang dia tidak kenal pun hati budi mereka Wakil ustazah terperanjat bukan kepalang. Sang imam menambah lagi; Lagi pun, minggu depan saya akan menikah dengan wanita lain pilihan ibu

Sebenarnya Tuhan, telah lebih awal memaqbulkan permintaan ustazah tudung labuh itu. Namun apakan daya, dia tidak nampak doanya datang jelas di depan mata, yang ternampak padanya cuma tshirt, jeans dan converse yang tidak langsung membawa apa apa makna.

Sumber: FB Fdaus Ahmad via siakapkell

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *