Kenali Jenis-Jenis Pokok Yang Biasa Dihuni Hantu. Rumah korg ade ke pokok ni? cer check..

Kenali Jenis-Jenis Pokok Yang Biasa Dihuni Hantu. Rumah korg ade ke pokok ni? cer check..

Tahukah anda di manakah tempat yang menjadi tempat tinggal hantu? Pada kebiasaannya, rumah kosong atau rumah yang telah lama ditinggalkan sering dikaitkan dengan tempat yang menjadi kesukaan hantu untuk dijadikan sebagai tempat tinggalnya.

Loading...

Namun begitu, selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada beberapa jenis pokok yang menjadi tempat kesukaan untuk hantu atau makhluk halus bertenggek di atas dahan pokok tersebut.

Selain itu, ada juga pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus dan ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.

Berikut merupakan antara jenis pokok yang sering dikatakan dihuni oleh makhluk halus atau dijadikan sebagai tempat mereka bermain. Jika tidak dihuni sekalipun, mungkin pokok itu sekadar dijadikan sebagai tempat persinggahan melepaskan lelah setelah seharian bergentayangan dan mengganggu manusia.
1. Pohon Beringin

Pohon beringin adalah tempat tinggal genduruwo, terutamanya pohon beringin yang sudah tua dan berjanggut dengan akar-akarnya yang tergantung dari atas pokok. Jika ada orang yang mematahkan akar beringin yang berjuntai itu dan kebetulan ada genderuwo yang tinggal di situ, makhluk ini akan marah dan akan membuatkan orang tersebut jatuh sakit. Jika tidak diubati dengan segera oleh orang yang arif tentang makhluk halus maka nyawa akan menjadi taruhannya.
2. Pokok Ara

Sekilas pandang, pokok ara hampir serupa dengan pokok beringin dan merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.
3. Pokok Kekabu

Pokok kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak bagi negara jiran kita iaitu negara Indonesia. Buah kekabu itu biasanya akan dijadikan sebagai isi bantal dan tilam setelah kulit buah kekabu dan bijinya dibuang.
4. Pokok Ciku

Loading...

Pokok ciku adalah tempat tinggal pontianak dan genderuwo. Sebaik-baiknya cuba elakkan dari melalui pokok ini jika sudah memasuki waktu Maghrib kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran. Yang pasti, buah ciku sangat sedap. Rasanya manis melekat!
5. Pokok Saga

Pokok saga adalah pokok yang sangat besar, rendang dan tinggi. Malah pokok saga telah tua memberi impak yang sangat menyeramkan. Oleh itu, ia memang sesuai menjadi tempat tinggal hantu. Namun begitu, tidak dapat dipastikan hantu apa yang menghuni pokok saga tetapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu. Di kampung sewaktu kecil-kecil dahulu, saya selalu kutip buah saga ini tapi pada waktu sianglah. Warna merah buah saga ini cukup menarik. Sekarang pokok saga itu sudah tidak ada, tidak tahu pula sama ada ditebang atau tumbang sendiri.
6. Pokok Asam Jawa

Pokok asam jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau pontianak terutamanya pokok asam jawa yang telah matang dan umurnya sudah mencecah bertahun-tahun.
7. Pokok Bacang

Pokok bacang biasanya dijadikan sebagai tempat bermain oleh toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma bentuk buah bacang lebih bulat dan mempunyai serat yang lebih banyak.
8. Pokok Sukun

Pokok sukun biasanya menjadi tempat tinggal pocong.
9. Pokok Pisang

Pokok pisang terutamanya pokok pisang yang berkumpul serumpun merupakan tempat tinggal pontianak dan pocong.

10. Pokok Buluh

Pokok buluh adalah salah satu pokok yang disukai oleh pontianak dan akan dijadikan sebagai tempat tinggalnya. Pernah satu ketika dulu, masa itu saya baru darjah enam. Ketika balik dari kelas tambahan malam, saya ternampak seseorang mengayuh sebuah basikal tua. Tetapi selepas melalui serumpun pokok buluh, si pengayuh basikal tua itu terus lesap dari pandangan. Nak kata dia mengayuh dengan laju mustahil pula sebab jalan yang saya lalui itu adalah jalan yang lurus.
11. Pokok Nangka

Pokok nangka turut dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.

Sekiranya di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang dinyatakan di atas, elakkan berjalan di bawah pokok-pokok tersebut pada malam hari. Namun jika terpaksa juga melalui pokok-pokok tersebut, anda disarankan untuk membaca doa dan ayat-ayat pendinding diri agar terhindar dari sebarang gangguan makhluk-makhluk halus. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana ini hanyalah kepercayaan orang dulu-dulu.

Orang-orang tua juga selalu berpesan supaya jangan sesekali bermain atau kencing di bawah pokok atau berhampiran dengan pokok-pokok yang telah disenaraikan di atas kerana dikhuatiri tersampuk. Percaya atau tidak terpulang kepada anda namun jika ianya benar, hanya perlindungan daripada Allah yang diminta agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.

Ditindih Masa Tidur, Suara Tak Keluar? Doktor Ni Jelaskan Apa Sebenarnya Terjadi

“Aku kena tindih malam tadi”

Ayat ni mungkin selalu kita dengar daripada rakan-rakan yang mungkin tinggal di asrama, atau apabila kita tidur di tempat baru. Apa sebenarnya yang terjadi bila kita kena tindih, suara tak keluar bila minta tolong, sesak nafas dan sebagainya.

Apa itu hypnagogic?

Sumber: Era

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *