KAJIAN: MINUM KOPI SETIAP HARI PANJANGKAN UMUR! BANYAK KHASIAT KOPI NI RUPANYA…

Ada berita baik buat pencinta kopi. Kajian terbaru menunjukkan, minum kopi mempunyai manfaat baik yang ramai tidak ketahui. Kira-kira 20 kajian membuktikan bahawa mereka yang kerap minum kopi hidup lebih lama dan panjang umur berbanding mereka yang tidak minum kopi.!…

Ramai berusaha untuk cuba menghentikan tabiat minum kopi kerana kopi dikatakan tidak baik untuk kesihatan.

Namun, ada berita baik buat pencinta kopi. Kajian terbaru menunjukkan, minum kopi mempunyai manfaat baik yang ramai tidak ketahui.

Loading...

Kira-kira 20 kajian membuktikan bahawa mereka yang kerap minum kopi hidup lebih lama dan panjang umur berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Selain itu, peminum kopi akan mempunyai risiko kematian awal 14 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi.
MINUM KOPI DAPAT MENCEGAH STROKE
Kajian yang diterbitkan oleh American Heart Association (Persatuan Jantung Amerika) mendapati, minum satu cawan kopi sehari mengurangkan risiko serangan stroke.
MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG
Kafein baik untuk kesihatan jantung kerana mempunyai kesan positif pada metabolisme. Kafein tidak hanya merangsang sistem saraf pusat, hal ini juga boleh membebaskan asid lemak bebas dari jaringan lemak anda.

Senior man drinking coffee from pot


DAPAT MENCEGAH BUNUH DIRI
Sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Harvard pada 2013 mendedahkan, hubungan antara minum kopi dan risiko bunuh diri yang lebih rendah. Hal ini disebabkan oleh kafein mampu bertindak sebagai antidepres.
MENCEGAH PENYAKIT SARAF
Minum kopi membantu mencegah penyakit-penyakit saraf. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum kopi mempunyai risiko sebanyak 65 peratus lebih rendah terkena demensia, Alzheimer dan Parkinson.


MEMBANTU MEMBAKAR LEMAK TUBUH
Kafein mampu meningkatkan tahap metabolisme dan akan lebih mudah untuk membakar lemak yang berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan metabolisme dapat membakar lemak sebanyak 10 peratus bagi pesakit obesiti, dan 29 peratus untuk mereka badan langsing.


MELINDUNGI HATI
Minum kopi dapat membantu melindungi hati anda daripada hepatitis. Mereka yang minum sekurang-kurangnya empat cawan sehari mempunyai risiko 80 peratus lebih rendah terkena sirosis.

NAMUN PERKARA INI HARUS DIKETAHUI…

Loading...

Image result for 40 Senarai Kopi BERACUN Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. No 22 Tu Sangat Familiar. Fuh Bahaya Ni Kalau Tak Tahu!!

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

Cafe Abang Yes,
Candi Gold,
Candy 193,
Extend Up Energy Drink,
Extremen,
Extrewomen,

Image result for Extreme coffee

Goji Guarana,
Goji Guarana Extra,
Goji More,
Goji Yumberry,
Guara Cafe,
HBW Ice Lemon Tea,
Hotton Vitality Candy,
Ie2 O,

King Cappucino,

Related image

 

Knight Cofee.
Kolek Cafe Power Plus,
Kopi Angguk,
Kopi Asmara,
Kopi Bagus AAA,
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
Kopi Pahlawan,
Kopi Super Angguk,
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
Maca Max

 

Image result for Maca Max

 

Macagin Ginseng Candy,
Mentalk Candy,
Nexus MXP,
Night Cafe,
Red Energizer Candy For Men,
Royal Beverage Maqrifatun,
sasanergy Drink,
Trica Jus

 

Image result for Trica Jus

 

Tri-Max,
True SR,
vigor Candy,
Vitca-F,
Vitca-M,
Winnie Beauty V1,
XKL Sky Fruit Juice Premix.

 

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya
Sila rujuk laman web pharmacy.gov.my untuk maklumat lanjut

Kongsikan Artikel Ini !! Semoga Bermanfaat..

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *