IZARA AISYAH NIKAH ANAK DATUK K 17 NOVEMBER INI.

Datuk Siti Nurhaliza dan Izara Aisyah Bakal Bersaudara!… Tahniah..

Ringkasan Video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Tak lama lagi, pelakon cantik manis, Izara Aisyah bakal mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Datuk K!

Woww… Bakal menantu Datuk Siti Nurhaliza rupanya Izara ni ya. Adib Khalid, 27, mengesahkan bahawa mereka bakal bernikah pada 17 November ini. Ada masa lagi sebulan saja ni nak buat persiapan.

Loading...

Namun bagi Adib, majlis itu bakal diadakan dalam satu majlis tertutup yang akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Manakala, majlis bersanding di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan dua hari kemudiannya.

“Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib dipetik daripada Astro Gempak

Pasangan ini sudah pun bertunang pada Julai yang lalu dan mereka bakal menghadiri kursus kahwin pada hujung minggu ini.

Sila tonton video:

Loading...

Sumber: diharian via http://www.manggahijau.com/hiburan/izara-aisyah-nikah-anak-datuk-k-17-november-ini/

Teruja Tengok Baby Bump Siti Nurhaliza

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang di kediamannya beberapa hari lalu. Namun apa yang menarik perhatian adalah renungan tajam peminat beliau yang mendakwa melihat perubahan fizikal pada perut Siti. Secara ringkasnya mereka melihat ‘baby bump’ Siti yang sedikit kelihatan.

Kalau masih ingat pernah suatu ketika dulu kecoh berita Siti sedang hamil kerana tersebarnya laporan ujian darah di sebuah hospital. Tanpa memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu, berita tersebut berlalu begitu sahaja. Sekarang pula kecoh gambar yang dimuat naik di Instagram memperlihatkan ‘baby bump’ beliau.

 

Malah ruangan komen di akaun Instagram penyanyi tersebut juga penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka beliau sedang hamil. Siapa tidak teruja setelah sekian lama menantikan berita gembira ini, akhirnya penantian mereka terjawab. Pastinya peminat Siti tidak sabar mendengar berita ini dari mulutnya sendiri.

Apapun buat setakat ini Siti masih lagi berdiam diri dengan dakwaan ini. Namun jika benar apa yang diperkatakan, tahniah diucapkan buat Siti dan suami di atas berita gembira ini. Tetapi jika ianya hanya desas-desus sahaja, kami doakan pasangan ini akan dikurniakan rezeki anak suatu hari nanti.

 

sumber: roti kaya

Kredit:http://mummykepoh.com/2017/10/12/teruja-tengok-baby-bump-siti-nurhaliza/

 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *