GEMPAR! Tahfiz di Rembau pulak terbakar…Ya Allah..APA DAH JADI NI??

GEMPAR! Tahfiz di Rembau pulak terbakar…Ya Allah..APA DAH JADI NI??

TIGA pelajar sesak nafas manakala 34 lagi diselamatkan apabila asrama perempuan maahad tahfiz Yayasan Sofa Astana Raja terbakar, di Rembau, awal pagi ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 1.50 pagi.

Loading...

IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Menurutnya, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba api dilihat marak membakar premis terbabit.

“Semua 37 pelajar diarahkan keluar. Tiga daripadanya sesak nafas,” katanya.

 

Jeritan rakan jadi penyelamat

KEADAAN asrama perempuan yang terbakar. (Gambar kecil) Nurul Syazana. FOTO Hazreen Mohamad

Loading...

“Ketika nyenyak tidur, saya terkejut terdengar jeritan rakan yang mengajak kami segera keluar.

“Sebaik membuka mata, saya dapati api mulai merebak melalui bahagian siling asrama,” kata Nurul Syazana Ahmed Faisal, 16, pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Kampung Nerasau, Rembau menceritakan mengenai kebakaran di premis itu, hari ini.

Nurul Syazana berkata, kejadian 1.50 pagi itu menyebabkan dia dan 36 rakannya menjerit ketakutan.

Katanya, api didapati merebak di siling sehingga ke luar tingkap menyebabkan mereka melarikan diri menggunakan pintu hadapan.

“Bagaimanapun kami gagal keluar ke jalan utama berikutan kebakaran merebak sehingga ke hadapan asrama.

“Berikutan itu kami berlari ke surau dan dewan di belakang asrama,” katanya ditemui di tempat kejadian, hari ini.

IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia

Nurul Syazana berkata, dia dan rakan keluar sehelai sepinggang dan gagal menyelamatkan barangan termasuk kad pengenalan, al-Quran dan bahan pengajian.

“Saya bersyukur kerana insiden ini tidak membabitkan kemalangan jiwa tetapi hanya tiga rakan sesak nafas,” katanya yang demam.

Sementara itu, ibu Nurul Syazana iaitu Suhana Yaacub, 43 berkata, dia dihubungi pihak sekolah pada 3 pagi namun hanya membalas panggilan pada 5 pagi.

Katanya, sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran fikirannya terarah kejadian yang berlaku di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, 14 September lalu.

“Saya hanya mampu mengucap sebaik tahu kejadian dan bersyukur anak terselamat,” katanya yang datang dari Shah Alam, Selangor.

Dalam kebakaran itu, tiga pelajar sesak nafas manakala 34 lagi diselamatkan.

sumber: hmetro

 

“KAMI mengharapkan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas suspek yang menyebabkan kematian tiga adik sepupu saya,” kata Mas Aliza Ali Bapoo, 22.
Dia adalah sepupu kepada tiga beradik Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10, antara 23 yang maut dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu.

Ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, dia bersama beberapa lagi ahli keluarganya mahu mendengar sendiri pendakwaan ke atas suspek yang menyebabkan kebakaran itu.

“Kita serahkan kepada keputusan mahkamah, dan apa saja keputusan mahkamah yang akan ditetapkan, kami terima saja. Cuma mengharapkan hukuman yang setimpal.

Mas Aliza tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Jenayah 12. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
“Kami maafkan… Kita sudah pasti nak hukuman setimpal supaya ini akan menjadi pengajaran kepada orang di luar sana supaya benda yang sama tidak berulang,” katanya yang akan mengikuti perkembangan kes ini sehingga selesai.

Sementara itu, ibu kepada Allahyarham Nik Muhammad Ridzuan Nik Azalan, iaitu Datin Hartini Abd Gani berkata, mereka menghormati arahan Majistret Siti Radziah Kamaruddin yang mengarahkan waris mangsa keluar dari kamar mahkamah.

“Hanya keluarga tertuduh saja yang boleh berada di dalam kamar. Jadi kami hormat apa yang majistret arahkan kerana prosiding diadakan secara tertutup.

“Ramai juga waris yang hadir bersama kami hari ini kerana mahu mengikuti perkembangan kes sehingga selesai dan biar pihak pengadilan yang tentukan,” katanya.

“Tiada keperluan untuk berjumpa keluarga tertuduh buat masa ini,” kata Hartini. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Hartini berkata, kesedihan yang dialaminya masih dirasai sehingga sekarang dan buat masa ini tiada keperluan untuk dia berjumpa dengan keluarga tertuduh.

“Saya tak perlu jumpa keluarga tertuduh. Lagipun mereka juga bukan mahukannya dalam keadaan sekarang kerana masing-masing saling menghormati perasaan semua orang.

“Bagi pihak saya, tidak boleh dinafikan kesedihan atas kehilangan anak tetapi kita dah reda, ini ketentuan Ilahi. Cuma sebab musabab itu, kita tak mampu bayangkan kerana di luar pemikiran orang yang waras,” katanya.

Dua daripada tujuh suspek kes bakar pusat tahfiz berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru.

sumber: hmetro

TERBARU! 2 remaja didakwa bunuh 23 penghuni pusat tahfiz

KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh suspek kes membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan.
Dua pesalah berusia 16 tahun hanya mengangguk sambil menjawab “Saya faham” sebaik pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, prosiding pendakwaan yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi dilakukan secara tertutup kerana kedua-dua tertuduh adalah remaja bawah umur.

MAHKAMAH Majistret Jenayah 7 memerintahkan pihak media dan keluarga keluar dari kamar mahkamah sebelum memulakan prosiding pertuduhan kes enam daripada tujuh suspek yang akan didakwa mengakibatkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu. – Foto Mohd Yusni Ariffin

Pihak media, orang awam serta keluarga mangsa diarahkan keluar dari kamar mahkamah dan tidak dibenarkan mendengar pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah dan dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Nordin Ismail serta Nurakmal Farhan Aziz, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Kesemua tujuh suspek tamat tempoh reman hari ini selepas direman selama 13 hari bermula 16 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini dilaporkan berkata, enam daripada tujuh suspek itu didapati positif dadah jenis ganja dan dipercayai khayal ketika memulakan kebakaran itu, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau iaitu gaduh dan curi.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat ejek-mengejek di antara suspek dengan segelintir penghuni asrama tahfiz itu yang bermula beberapa hari sebelum kejadian.

Seramai 21 pelajar lelaki berusia 6 hingga 17 tahun serta dua tenaga pengajar berusia 25 dan 26 tahun terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi, 14 September lalu.

Tujuh mangsa termasuk enam pelajar pusat tahfiz itu turut cedera dalam tragedi berkenaan.

sumber: bharian

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *