Dia Sekarang Sudah Menjadi Sangat Popular, Di Youtube Video Dia Memang Selalu Viral, Siapakah Gerangan Si Dia? Anda Pasti Tak Sangka!…

Dia Sekarang Sudah Menjadi Sangat Popular, Di Youtube Video Dia Memang Selalu Viral, Siapakah Gerangan Si Dia? Anda Pasti Tak Sangka!…

Memang menjadi lumrah,apabila seseorang itu sudah menjdi popular dan di kenali ramai,pasti latar belakang mereka menjadi perhatian. Peminat yang sering mengikuti perkembangan mereka pasti mahu tahu asal usul mereka seperti di lahirkan di mana, mendapat pendidikan dari institusi mana dan lain-lain. Gambar selebriti pilihan mereka yang sejak dari kecil juga menarik perhatian dan viral.

Bukan sahaja artis terkenal seperti pelakon dan penyanyi yang mana gambar mereka sewaktu kecil menjadi tular. Malah hari ini mereka yang sukses dalam dunia bisnes dan lain-lain bidang juga mudah mendapat perhatian ramai.

Loading...

Seperti gambar budak lelaki ini, ia menjadi viral di laman sosial baru-baru ini. Asalnya sebuah akaun di satu laman sosial twitter telah memuat naik gambar itu dan ia telah di like dan retweet oleh ribuan orang.

Bagi anda yang tidak tahu siapakah gerangan budak lelaki yang punya wajah serius ini, dia adalah Ustaz Azhar Idrus. Ketika kecil dia di lihat sebagai seorang anak yang kemas dan pandai bergaya.

Ketika usia remajanya, Ustaz Azhar Idrus banyak mencari guru agama untuk menambah ilmu. Dari situlah dia mampu mengutip banyak ilmu dan pengalaman sehingga boleh melakukan kerja dakwah.

Video dakwah Ustaz Azhar Idrus hari ini banyak viral di laman youtube. Walaupun di selitkan banyak teks yang berunsurkan jenaka, namun ada ilmu yang di sampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus  ini.

Loading...

Selain dari gambar waktu kecil, gambar Ustaz Azhar ketika muda remaja juga pernah tersebar di laman sosial.Ada di kalangan anda yang pernah tonton video Ustaz Azhar tak?

Buat Pertama Kalinya, Ini Foto Baby Bump Nora Danish, Kini 4 Bulan Mengandung

Pelakon popular Nora Danish telah berkahwin dengan kekasih hati Nedim Nazri. Kini pasangan ini sedang meniti fasa baru apabila Nora Danish telahpun disahkan sedang hamil.

Baru-baru ini, Nora Danish ada memuatnaik 2 gambar baru yang menjadi tumpuan ramai.

Ini kerana, buat pertama kali nya, foto yang dimuatnaik oleh Nora Danish memperlihatkan baby bump nya.

Nora Danish memberitahu dia kini sedang hamil 4 bulan, dan baby bump mula kelihatan.

Jika sebelum ini tidak begitu jelas kelihatan baby bump, dalam satu gambar bersama rakan-rakan, ternyata para follower teruja apabila melihat baby bump Nora Danish itu.

Melalui gambar itu, Nora Danish memakai pakaian berwarna hijau dan ketika itu sedang makan malam sempena menyambut hari lahir salah seorang rakannya.

“Alahai cute nya baby bump”
“Baby bump dah nampak”

Itulah antara komen para follower di ruangan komen gambar tersebut.

Memang berseri-seri wajah Nora Danish setelah mengandung ini, ramai yang memujinya.

Ini fotonya:

Semoga segala urusan Nora Danish dan Nedim Nazri di sepanjang kehamilan pelakon ini dipermudahkan-Nya.

Untuk pengetahuan, setelah 3 tahun bercinta, Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya telah disatukan pada bulan 3 tahun ini.

Pasangan ini bernikah di satu majlis yang simple di Glasshouse, Seputeh.

Nora Danish mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Jejai.

Nedim Nazri juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki dengan perkahwinan terdahulu bersama Nabila Khan.

11 Senarai Artis Paling Ramai Followers Di INSTAGRAM !! Siapa Sangka Artis No.10 Ini Boleh Mengalahkan Followers Nora Danish Dan Datuk Siti Berjuta-Juta Kali. Tak Khawin Lagi Pulak tu..

Selain Facebook dan Twitter, Instagram merupakan salah satu platform media sosial yang tidak asing bagi pengakses dunia maya dan pencinta gadget hari ini.

Melalui Instagram, kita boleh melihat dengan lebih dekat rutin kehidupan dan seni selebriti kesayangan or simply to see good stuff.

Instagram Header

Jika di luar negara, penyanyi Selena Gomez mengungguli carta pertama mempunyai pengikut paling ramai di Instagram dengan jumlah mencecah 106 juta pengikut, siapa pula selebriti Malaysia yang berjaya mengumpul jumlah pengikut teramai?

Penasaran? Di sini, kami senaraikan top 10 selebriti negara yang paling berpengaruh di Instagram setakat 12 Januari 2017. Check them out!

1. Yana Samsudin – 3.1 Juta Followers

Akaun Instagram: @yanasamsudin

Bintang filem Adnan Sempit ini rajin memuatnaik gambar setiap hari. Selain gambar perjalanan karier seni dan bisnes, Yana turut berkongsi foto dan video anak sulungnya iaitu Aisy Mateen yang kini berusia lima bulan.

2. Rozita Che Wan (Che Ta) – 3.3 Juta Followers

Akaun Instagram: @rozitachewan1

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan pengacara cantik jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che ini. Berkongsi jumlah pengikut yang sama dengan Yana Samsudin, Che Ta lebih suka berkongsi gambar-gambar swafoto dan wefienya bersama keluarga tercinta termasuklah gelagat comel putrinya, Aaisyah Dhia Rana. Memperlahankan bidang seni, Che Ta kini lebih fokus kepada hal ehwal rumah tangga dan perniagaannya.

3. Awal Ashaari – 3.4 Juta Followers

Akaun Instagram: @awalashaari

Buat anda yang gemar berfesyen, penulis sarankan anda menjadi follower kepada pengacara Melodi ini. Suami kepada pelakon cantik, Scha Al Yahya ini tidak pernah gagal berfesyen dan stailo apabila bergaya terutamanya ketika sesi fotografi dan majlis anugerah. Menerusi postnya di Instagram, Awal turut berkongsi foto bersama isteri serta anaknya, Lara Alana dan kegiatan seni. Setakat ini, beliau telah memuatnaik lebih enam ribu gambar.

5. Elfira Loy – 3.6 Juta Followers

Akaun Instagram: @elfiraloy

Pelakon kecik molek ini merupakan salah seorang selebriti tempatan yang sangat aktif berinstagram. Melalui akuan Instagramnya, Elfira baru sahaja melancarkan pakaian muslimah rekaan sendiri di bawah jenama EL by Elfira Loy dan menjadi duta pelembar bibir, Lord Cosmetics. Pemilik restoran Love Me Sevendays ini kini sibuk menguruskan perniagaan dan aktif dalam bidang pengacaraan berbanding lakonan.

6. Hanis Zalikha – 3.8 Juta Followers

Akaun Instagram: @haniszalikha

Berehat daripada bidang lakonan, isteri kepada pelakon kacak, Hairul Azreen ini banyak menghabiskan masa menguruskan anak dan suaminya. Hanis juga gemar berkongsi gambar dan video gelagat anaknya, Yusof Iskandar dan kucingnya, Bujibu yang mencuit hati. Di samping itu, pengacara Raikan Cinta ini juga sibuk dengan bisnes tudungnya iaitu Cakenis yang semakin mendapat sambutan.

7. Scha Al Yahya – 3.9 Juta Followers

Akaun Instagram: @schaalyahya

Selain gambar bersama suami dan anaknya, Lara Alana, Scha berkongsi perkembangan karier seninya di Instagram. Beliau kini sedang sibuk menjalani pengambaran drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen bergandingan bersama pelakon, Aiman Hakim Ridza yang bakal ditayangkan di Astro Ria Februari nanti. Wah, tak sabarnya!

8. Datuk Siti Nurhaliza – 4.1 Juta Followers

Akaun Instagram: @ctdk

Penyanyi nombor satu Malaysia ini turut berkongsi jumlah pengikut yang sama dengan Scha Al Yahya. Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-38 pada 11 Januari lalu, beliau dilihat kerap memuatnaik foto suami tercintanya yang merupakan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa. Selepas berjaya dengan produk komestik, SimplySiti, wanita kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini meluaskan empayar perniagaan dengan mengeluarkan label pakaiannya tersendiri, Creacion by Siti Nurhaliza.

9. Zizan Razak – 4.4 Juta Followers

Akaun Instagram: @zizanrazak869

Walaupun sibuk dengan karier seni dan bisnesnya, pelawak dan pengacara hebat ini tidak lupa untuk update foto atau video terkini untuk tatapan peminat dan followernya. Selain membuat persiapan untuk menjalani pengambaran filem Polis Evo 2, Zizan turut melancarkan saluran YouTubenya sendiri iaitu Zizanology pada 11 Januari 2017 lalu.

10. Neelofa – 5.1 juta Followers

Akaun Instagram: @neelofa

Jika tahun lalu menduduki tangga kelima, Neelofa bangkit ke tempat kedua sebagai selebriti Malaysia paling terpengaruh di Instagram. Kejayaan dalam bidang perniagaan dan penangan drama bersiri, Suri Hati Mr Pilot sedikit sebanyak memberi impak kepada peningkatan followernya. Di samping berkongsi video tutorial tudung, anak jati Pasir Mas, Kelantan itu bijak berfesyen dan gemar memuatnaik gambar #ootd nya.

11. Nora Danish- 4.9 Juta Followers

Akaun Instagram: @noradanish

Tahukah anda, Nora Danish merupakan selebriti Malaysia pertama yang mempunyai 1 juta pengikut di instagram. Selain berlakon dan menjalankan bisnes, Nora Danish telah melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian di mana beliau baru sahaja melancarkan lagu Ini Lagi Boom di YouTube bersama W.A.R.I.S. Setakat ini, beliau telah memuatkan lebih 160,00 foto di Instagram miliknya. Wow!

Foto – ig

 

 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *