5 PASANGAN ARTIS MALAYSIA YANG BERKAHWIN PADA USIA YANG MUDA..NO 3 PALING MUDA DAN TERUS DAPAT PANGKAT DATIN PADUKA !

5 Pasangan Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Yang Muda..No 3 Paling Muda Dan Terus Dapat Pangkat Datin Paduka !!

Usia bukan penghalang untuk mereka melangkah ke gerbang perkahwinan. Usia bukan pengukur kebahagiaan dan kemampuan memikul tanggungjawab. Lima bintang ini membuktikan cinta yang disulam dengan keikhlasan menerima pasangan seadanya, tunjang kemanisan rumahtangga.

1. Aeril Zafril & Wawa Zainal (25 Feb 2012)

Loading...

Pasangan pelakon ini berkahwin ketika nama mereka berada di puncak. Aeril telah melamar Wawa, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, yang ketika itu berusia 20 tahun.

Aeril Zafrel, atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berumur 24 tahun ketika bergelar suami, ternyata bukan penghalang buat Aeril menjadi suami dan ayah terbaik buat sepasangan anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiya.

2. Diana Danielle & Farid Kamil (3 Nov 2012)

Pelakon dan model kacukan Diana Danielle berkahwin dengan pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, pada usia 21 tahun. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora, sebagai pelengkap hidup.

Loading...

3. Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden (31 Ogos 2014)

Pelakon remaja Eina Azman memilih untuk berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun apabila memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pasangan ini telah dikurniakan pasangan bayi kembar bernama Karl Kareef dan Arianne Aubrey pada 19 Februari 2016 yang lalu.

4. Fiffy Natasya & Muslim Azman (29 Sept 2014)

Pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, mengambil keputusan berkahwin dengan Muslim Azman, 27, pada usianya 21 tahun. Fiffy memulakan kerjaya seninya sejak usia sembilan tahun, pernah menganggotai kumpulan nyanyian Wardah, selain muncul dengan beberapa single berkonsep J-Pop termasuk lagu “Kawaii” dan “Cinta Playboy”.

5. Erin Malek & Darriz Fauzy (10 Okt 2014)

Bermula perkenalan menerusi laman sosial Instagram, pelakon Erin Malek, 20, atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang pada 10 Oktober lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Mohamed Faliq pada 1 Oktober 2015 yang lalu.

sumber : beritanova.com

……………………………………………..

[ Artikel Trending di Bawah ]

VIRAL PESERTA CLEVER GIRL INI JAWAB SOALAN BOCOR. GADIS INI TAMPIL JELASKAN CERITA SEBENAR !!

PETALING JAYA 9 Okt.- Finalis program Clever Girl, Shazana Kamaruzaman menolak dakwaan dia menjawab soalan bocor pada episod minggu lalu.

Jelasnya, jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuannya melalui pembacaan sebelum ini.

Malah kata wakil negeri Selangor ini, sebagai peserta program itu dia menafikan dakwaan mana-mana pihak yang mengatakan dia terlebih dahulu mengetahui jawapan untuk soalan itu walaupun pilihan jawapan yang dikemukakan belum sempat dibaca sehingga habis.

“Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

“Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya.

Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.

Menurut Shazana melalui kontroversi ini juga laman sosialnya diserang netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati.

“Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu program realiti ini kembali menjadi tumpuan apabila Shazana menjawab soalan yang diajukan oleh tetamu jemputan Datin Sharifah Shawati dengan betul walaupun belum sempat keempat-empat jawapan dibaca.

Melalui video yang tular tu netizen kembali mempersoalkan ketelusan program ini dalam mencari gadis terpintar di Malaysia.

Sebelum ini seorang bekas peserta program ini Syakirah Mohd. Azam atau Kiera mendakwa program tersebut mengamalkan sikap pilih kasih dan memberikan jawapan awal kepada peserta pilihan.

Kredit : Utusan


Selain Shazana, empat lagi finalis yang akan berentap di pentas akhir Clever Girl Jumaat ini adalah Sara Amelia, Hani Nazrina dan Fadila Zukaira.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *